Wednesday 27 February 2013

my heart melt

assalamualaikum..

you've made my heart melt...
after listen to the amazing recitation by you...
SubhanAllah, begitu cantik ciptaanMu ya Allah....

want to know how is the guy that made my heart melt?

the name is Fatih Seferagic...

:')

Girls, please take note!

assalamualaikum...

tadi aku ternampak benda ni kat FB....


spread the words k...^^

Tuesday 26 February 2013

after chicken pox

assalamualaikum..

sebelum chicken pox



selepas chicken pox



see the difference????? hahhahah....berbintik bintik dah muka aku ni....so sekarang nak kena memulihkan kulit ni balik dengan kolagen asli....


kbai...nak sambung setadi...=)

khasiat Rumpai Laut (kolagen asli)

assalamualaikum...

sesiapa yang berminat untuk membuat order rumpai laut ni, sila inform cik siti dekat PAGE NI......



harga :
1 packet (100 gm)

purple (gred AAA) = RM18 per packet
borong 10 packet ke atas = RM16 per packet


yellow (gred AA) = RM15 per packet
borong 10 packet ke atas = RM 13

harga tak termasuk dengan pos!



HARGA SEKARANG (20 April 2013) 


HARGA BORONG!!!

Gred AA (kuning)
1 kg = RM 50
2 kg = RM85 (jimat RM15)



Gred AAA (purple)
1 kg = RM60
2 kg = RM100 (jimat RM20)




HARGA 1 PACKET (100gm)

Gred AA (kuning)
1 Packet = RM10
2 Packet = RM15 (jimat RM5)

harga sebelum ini, 1 packet RM15




Gred AAA (purple)
1 Packet = RM12
2 Packet = RM18 (jimat RM6)

harga sebelum ini, 1 packet RM18

tak termasuk postage


fuhhhh..ramai jugak yang dok cakap pasal kolagen asli ni...kolagen asli ni adalah daripada rumpai laut...memang pure punya la...sampaikan cara penyediaan dia pun memakan masa dalam satu hari sebab tak nak bagi ada bau laut....


dan yang ini adalah sabun PMC...sabun ni boleh terus guna...tak payah nak masak, nak rendam bagai...senang kerja korang kan....tapi sabun ni hanya boleh pakai macam sabun basuh muka biasa la...TAK BOLEH DIMAKAN YA!

tau la zaman sekarang ni semua orang nak cepat....masa itu emas orang cakap...dengan sabun ni, semua kerja jadi mudah....

Sabun ini pure organik, bahan-bahan asasnya dari tumbuh-tumbuhan.
Bila cuci bersih wajah anda, segala kotoran akan keluar dari liang-liang pori disamping merawat kulit jerawat, jeragat dan masalah kulit. Insyaallah.

Diiktiraf oleh JAKIM(halal).
Sah untuk di bawa solat.


ada yang berminat nak beli sabun PMC ni?



1-24 = RM12 setiap ketul

25-49 = RM13    RM10 setiap ketul

50-99 ketul = RM12     RM8 setiap ketul

100-199 ketul = RM10     RM6 setiap ketul




khasiat dia

KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan denggan 2 keping sarang burung layang-layang.

KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.

ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.

VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.

PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.

OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.

wow kan!


orang yang ada masalah kulit (jerawat, gatal, kudis) , luka kemalangan/ pembedahan (sembuh cepat) dan orang yang kurang tenaga contoh warga emas yang uzur ( memulihkan tenaga ) orang2 ni memang bagus kalau makan rumpai laut ni....



KESAN BILA MAKAN KOLAGEN NI : 

-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan
-Memejalkan payudara, otot dan punggung
-Menyihatkan rambut dan kuku
-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid
-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur
-Mengurangi selulit
-Memberi tenaga
-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang
-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis
-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
-Merawat penyakit gout
-Mencegah kanser/tumor
-Menurunkan tekanan darah tinggi
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik
-Anti bakteria/kulat
-Merawat anemia
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis)
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
-Menberikan rasa kekenyangan (diet)
-Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir)


CARA PENYEDIAAN

Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali.
Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman. 
Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali & toskan.
Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus.
Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. 

Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng * tp kalau nak buat masker jgn campur apa2 lah..
Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais, collagen ni tahan lama sebab ianya anti bakteria.

*Perhatian untuk mengurangkan bau semasa memasak.. disarankam sebelum masak cuci dengan asam jawa dan semasa masak campurkan daun pandan.



CARA MEMBUAT MASKER DRPD KOLAGEN :

Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu.
Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum.
Bersihkan muka terlebih dahulu.
Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas.
Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab).
Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit.
Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali.



CARA UNTUK MAKAN KOLAGEN :

Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur) 
Ambil 3 sudu besar (akan jadi seperti jelly),  - lebih elok dimakan begitu saja atau boleh juga dicampurkan dengan sunquick / jus buah.
Sebelum makan tu baca Bismillah & Selawat =) 



~PERHATIAN~
JIKA RUMPAI LAUT KERING ANDA MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN CRYSTAL PUTIH SEAKAN -AKAN KULAT... JANGAN PANIK YA...
SEBENARNYA IA BUKAN KULAT...  IA MERUPAKAN HABLUR GARAM LAUT...
DAN BOLEH DIBUANG DENGAN MEMBASUH SEBELUM MEREBUSNYA!!!



p/s : kalau ada yang nak buat pre order, sila PM cik siti kat SINI or boleh comment dekat ruangan comment di bawah ni...next week cik siti akan ambil daripada pembekal...






Sunday 24 February 2013

Cik siti meniaga rumpai laut

assalamualaikum...

cik siti nak buat survey ni....

ADA SESAPA NAK BELI RUMPAI LAUT TAK? ALA, YANG ORANG SEKARANG PANGGIL KOLAGEN MENTAH....

warna kuning (gred AA)
aku nak jual 1 packet (100gm) = RM 15
kalau beli borong, sekurang kurangnya 10 packet ke atas, 100gm= RM 13

tak termasuk pos

warna purple (gred AAA)
100 gm = RM18
harga borong (sekurang kurangnya 10 packet ke atas ) 100 gm = RM16


gambar dari google k...
ni hanya survey...kalau ada ramai yang nak, aku nak jual...kalau tak dapat sambutan, aku pn tak nak la jual....

Saturday 23 February 2013

Kopi yang Termahal di dunia

assalamualaikum...

tadi aku tengok TV3 (ceh, tengok TV3 pun nak bagitau ka?)....aku bagitau sebab benda ni ada kena mengena dengan entry aku malam ni.....korang pernah tengok Unsung Places dekat TV3 tak? tadi ada siaran tuu...so aku tengok ja la.....

tadi punya episod, dia ada cerita pasal Luwak Coffee atau dikenali sebagai Kopi Musang (kopi yang termahal di dunia...harga dia mencecah €550 / US$700 per kilogram)....ce teka macam mana nama kopi ni boleh jadi nama Kopi Musang......confirm la korang tak dapat jawab....yang dapat jawab tuu, korang memang awesome....

jom aku cerita kat korang macam mana kopi ni boleh dapat nama.....

actually, musang jenis Paradoxurus hermaphroditus akan makan buah kopi...then buah kopi yang dimakan tuu akan diproses dalam perut.....and last product would be feces (sisa buangan).....makanya, dalam feces tersebut ada biji kopi....mekanisma pencernaan dalam perut musang tuu, boleh membuat rasa kopi tuu menjadi lain....ntah la rasa apa..huhu....

kopi luwak ni dihasilkan di Indonesia....

ni la musang tuu...jom bela musang ni, pastu tanam pokok kopi...then boleh dapat income....hehehhe

ni la sisa buangan musang tuu yang ada biji2 kopi....lepas tu, feces ni akan dikeringkan...then dibasuh dan di pecah-pecahkan.....pastu digoreng...ditumbuk...dan ditapis.....


p/s : walaupun selepas proses2 tuu dilakukan...aku still tak tau aku sanggup ke tidak untuk minum kopi luwak ni...huhu...korang pulak macam mana?

muka cik siti sama dengan pemain badminton Taiwan

assalamualaikum....

tadi masa kat kelas, ada la sorang classmate aku ni tunjuk gambar seorang pemain badminton....dia cakap muka pemain badminton yang asalnya dari Taiwan tuu muka sama dengan muka aku....

aku macam, SERIOUSLY?????

jom kita tengok sama-sama...sama ke tidak....huhu



nama dia Tai Tzu Ying pemain badminton Taiwan....


ni nama dia cik siti wan kembang.....eh2....salah pulok....nama dia siti fatimah....pemain badminton depan rumah....hahhaha


sama ke tak?



jodohku

assalamualaikum....


kepada jodohku,
aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana..
aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga...
akan ku simpan perasaan ajaib ini...
akan ku luapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita...



p/s : jika sebelum ni aku menyangka dia adalah jodohku...tapi apa yang terjadi adalah sebaliknya....aku redha...sekarang aku langsung tak dapat bayangkan siapa jodoh ku....kerana Allah SWT merahsiakannya kerana belum sampai masanya untuk aku ketahui semua ini.....sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui...jodoh pertemuan, ajal maut semua itu rahsia Allah SWT....SubhanAllah...hebatkan...

Thursday 21 February 2013

PERHATIAN : penggemar PEPLUM

assalamualaikum....

"PEPLUM"

walau macam mana pun korang sebut aku tak kesah la...lain orang, lain cara sebutan dia....tapi apa yang aku pasti, semua yang sebut tuu, mesti tau kan apa itu peplum?

kepada penggemar peplum ni....cik siti nak buat announcement....cik siti baru ja update baju peplum kat page cik siti....so, sila la pergi tengok2...kalau berkenan, boleh order...=)






Daiso charcoal mask berwajah baru

assalamualaikum...

korang nak tau tak? Daiso charcoal mask da berwajah baru.....i mean, dia punya packaging.....
sebelum aku gi Daiso tadi petang, aku call la dulu tanya...takut nanti, pergi2 habis stock pulak...tak ke sia-sia ja kalau aku pergi tapi Daiso charcoal mask tak da....huhu

package dia je lain sikit...eh, bukan sikit...banyak la kot...tapi dalam dia masih sama....tak dak maknanya kalau pakai Daiso charcoal mask yang baru ni, muka korang berubah jadi lain ke apa ka....nehi2 k....

nak tengok tak package baru dia?

harga masih sama k...kalau berminat, boleh PM cik siti kat SINI

Wednesday 20 February 2013

SEGMEN UPKAN FOLLOWER BY HANA

assalamualaikum...

jom join segmen ni....

klik banner untuk join..


jumlah follower sekarang : 979 follower

cik siti tag


wordless wednesday : secret recipe

assalamualaikum...



aik...tersesat pulak gambaq p McD 2 hari lepas dengan adik...bukan adik kandung k....adik angkat macam tuu la....masih single....muda setahun dari aku....so, sapa nak ejas, mai isi borang dulu....hahahah...iklan sebentar ya...

by the way, ni pic terbaru selepas demam campak....well, tak teruk sangat la muka ni....hehehhe...nasib baik...kalau tak, memang nak kena beli ubat hilangkan parut pulak la....=P

jom sambung balik makan Secret Recipe




kelasss kau cik siti...tak cukup dengan spaghetti meatball, kau tambah pulak cake pecan butterscotch.....


hahaha, gila makan betul aku ni....


p/s : skali skala tak pa....hehehe..bukan selalu pun....



kalau aku ni bukan aku?

assalamualaikum...

korang pernah terpikir tak (err, mesti la tak pernah kan kan kan)....biarlah...just teruskan ja ayat aku ni....


"korang pernah terpikir tak kalau aku ni bukan aku? i mean bukan Siti Fatimah...tapi aku adalah orang lain yang Siti Fatimah upah untuk tulis blog dia..sebab dia da tak ada semangat nak tulis blog"


kalau aku kata, Siti Fatimah tuu memang da tak wujud dalam dunia sosial ni...just aku (bukan Siti Fatimah) yang selalu update status kat facebook and twitter dia....and gambar2 yang aku post tuu hanyalah gambar2 lama yang dia bagi untuk diupdate blog dan juga update facebook.....supaya korang tak rasa lain macam....



p/s : ala, kalau main dengan "kalau" ni, ultraman pun boleh mai malaysia....lembu pun boleh terbang...=P

Sunday 17 February 2013

puisi hasil nukilan dari seorang sahabat

assalamualaikum...

jom malam ni kita baca puisi nak tak? member aku sorang ni bagi aku copy paste puisi dia untuk dimasukkan ke dalam belog aku yang tak seberapa ni....

so malam ni aku pilih la puisi mana yang aku suka, then aku letak dalam entry malam ni...

=)

enjoy!!


saat ia menjadi kelam

dalam perjalanan yang berliku ini
airmata menjadi teman 
jiwa terasa kosong 
penyesalan berulang-ulang kali dibicara
cemburu menguasai 
hiba resah xmenentu jadinya 
daun yang dulu hijau kini sudah kekuningan 
namun hati yang bernanah siapa tahu 
tergores terhiris itu lah yang dialami 
ku diamkan bukan bermakna ku iakan 
aku xmahu keruhkan air kurang jernihnya
namun ku tapis kembali bila kau berpaling
kerna sayangku xpernah pudar walau saat ku marah
kerna cintaku terarah kepadamu 
inginku kejutknmu dengan lamaran 
tapi aku yang terkejut ditinggalkan 
terkelu lidah tersentap hati 
seakan sudah mati 
menjadi batu jalanan 
bila kau mahu kau ambil 
bila sudah ada batu permata 
apa nak disimpan batu xberharga 
campak buang baling sesuka kamu
xmampu aku mgejar walau utk bayanganmu
kerna hari sudah larut malam 
baik aku nantikan siang 
nantikan sang mentari 
yang  xjemu menerangiku 
aku mahu kebahagian bukan paksaan percintaan........



puisi daripada ehem ehem


kenapa aku pilih puisi ni? sebab situasi aku dulu pun macam ni jugak....tapi tak kesah la...sebab sekarang dah tak macam tuu...aku lebih suka cara hidup aku sekarang....buat apa yang aku suka...tak payah pikir perasaan orang lain....kecuali la perasaan family aku.....

selamat malam...assalamualaikum ^^

Saturday 16 February 2013

Blogshop Cik Siti

assalamualaikum..

sejak bilakah aku ada Blogshop ni???
eleh...blogshop la sangat......

aku baru berjinak jinak dalam dunia meniaga ni...hahhahahahah...
nak tau apa yang ada kat blogshop cik siti???

jom tengok pic2 kat bawah ni...











kalau nak tengok lagi banyak baju....lagi banyak variety...jom ke SINI....

harga sangat berpatutan... =)

Tuesday 12 February 2013

cik siti ber'sushi'

assalamualaikum...

miss me? ahaks
setelah seminggu aku berkurung dalam rumah....(kalau aku kata dalam bilik tuu memang nampak beno nipunya.....)...walaupun aku demam campak...tapi aku still berjalan jalan dalam rumah...sebab perut aku ni sentiasa buat konsert...and setiap kali 'dia' buat konsert, terpaksa la aku berjalan cari makanan...bukannya makanan cari aku.....well, aku bukan tuan puteri ye dalam rumah....so, bila lapar...kena la cari sendiri...tak dak nya orang nak suap2 bagai macam dalam drama TV.....sakit ja, ada orang tolong demah..tolong suap...tolong mandikan...amboiii...melampau kalau gituu....

berbalik kepada tujuan aku malam ni.....setelah sekian lama aku memerapkan diri, akhirnya keluar jugak.....tadi lepak ngan my BFF dekat Sushi King...memang aku mengidam nak makan sushi lama da kot...kalau tak silap aku dah 6 bulan tak makan....walaweyh...tadi melepaskan gian la...sampai RM30 aku sorang saja yang makan....tuu pun tekak ni rasa nak makan lagi....nanti2 la makan...kumpul duit banyak2 dulu...kalau tak, memang tak puas ar makan....=P

yezza...muka aku tak nampak sangat bekas demam campak....

first time makan sushi yang ada telur ikan tuu...dia meletup2 dalam mulut...wow...hahha...jakun sebentar*



p/s : actually demam campak aku  ni tak berapa nak kering sangat....tapi apa boleh buat....kaki ni gatal sangat nak jalan...hehehhe....tapi aku amik langkah berjaga jaga la...tak share air dengan BFF aku...tak batuk depan orang ramai....and tadi terkena hujan...and guess what, my BFF ni punya la jaga aku sampai marah2 aku suruh tutup kepala dengan kain tuala....(nasib baik ada kain tuala kecil dalam beg)...walaupun aku da pakai tudung...apa boleh buat...sayang punya pasai....hahhah... I LOVE YOU la nort....ops...terkeluar sudah nama glamour....hahhahhaha



bermuhasabah diri

assalamualaikum...

meh aku nak kongsi-kongsi ngan korang sikit....

dalam langkah...
demi langkah..

semakin aku mengejar cinta dunia...
semakin aku tenggelam dalam noda..

lantas aku berpaling...
mencari arah kembali mendamba cinta dari Nya

semakin bahagia itu tercipta untukku...
dan ternyata aku semakin mengenali Tuhanku...

selamat malam...assalamualaikum..=)


Monday 11 February 2013

SAHABAT

assalamualaikum....

korang ada tak kawan macam ni...



1- dia tak pernah pun like atau comment mana2 post atau gambar korang kat FB...tapi dia tau setiap pos korang or setiap gambar yang korang upload.....

2- dia tau bila korang perlukan seseorang untuk mendengar...

3- dia selalu buat korang tersenyum bila msg dengan dia....

4- dia berlainan jantina dengan korang....

5- lepas 3 tahun hanya contact melalui FB, baru dia mintak number fon....

6- aku selesa bila cerita masalah aku kat dia....


korang ada??

yes aku ada kawan macam ni....aku panggil dia SAHABAT....aku kenal dekat Matrik....dia belajar kat Matrik tak habis pun...sebab dapat tawaran masuk ALAM....then kitaorang bawa haluan masing2.....masa dekat Matrik tidak la rapat pun...aku rasa aku rapat dengan dia sebab ayah aku kerja dengan syarikat perkapalan...dan dia pulak selalu tanya pasal ayah aku....

lepas aku abes Matrik, dia selalu ja tegur aku bila dia nampak status aku kat FB macam bermasalah...seriously, caring sangat...dia selalu bagi pendapat...nasihat....

and know what, dia tau nama housemate aku yang sorang ni...tak tau la macam mana dia tau...maybe aku selalu tag nama housemate aku dekat FB kot....and nama housemate aku tuu susah untuk orang ingat...tapi dia boleh ingat...walaweyh! terbaik gila bak ang....hahha

dia tau setiap status aku pos....contoh macam semalam petang..aku pos aku nak keluar pergi jalan2....malam tuu dia ada tanya, "ang bukan kata ang nak pi jalan2 ka petang tadi"....tengok, macam mana dia amik berat....

dia tau pasal aku...dia tau macam mana aku boleh masuk bidang medik ni....2 kali jugak la dia tanya "ang tak menyesal ka amik medik? jauh sangat dari bidang yang amik dulu masa kat Matrik"

seriously, aku langsung tak rasa kekok sembang dengan dia...and da lama tak jumpa dia since Matrik dulu...agak2 dalam 3 tahun jugak la.....

tapi dia da ada GF ok...and we are just friends...


korang ada kawan macam ni? yang lain jantina dengan korang...and dia amik berat sangat pasal korang.....

dia adalah salah seorang daripada jejaka di atas....

THANKS SAHABAT =)

p/s : hope dia tak baca la blog aku ni...heee



Sunday 10 February 2013

i know why

assalamualaikum...

aku tau kenapa aku senang maafkan orang....
pernah dengar benda ni?

satu jari kita tunjukkan kat orang...lagi empat jari tunding kat kita....
kita nampak keburukkan orang lain...sebab Allah tunjukkan kepada kita...Allah tutup aib kita sebab tuu orang tak nampak kesalahan kita....

sedangkan Nabi SAW pun ampunkan umatnya...ni kan pulak aku...hanya manusia biasa....


sebab tuu sebelum aku benci orang, sebelum aku berdendam dengan orang....aku tengok diri aku dulu...aku maafkan orang yang sakitkan hati aku...sampai hati aku sendiri merana....sampai orang cakap aku ni tak dak perasaan marah ka?

yes...sekali lagi aku menangis...menangis untuk orang yang tak patut aku tangisi....

kenapa lembut sangat hati kau wahai cik siti?
aku ingat aku dah tak da hati...sebab da 3 bulan tak mengalirkan air mata....
wahai hati...kenapa kau terlalu lembut untuk lelaki yang da hancurkan kau berkali kali?
tolong la cari orang lain pulak...aku da mula muak...da mula penat dengan semua ni....


Saturday 9 February 2013

single is simple

assalamualaikum...

today is better than yesterday...and hopefully tomorrow will be better than today....insyaAllah....
what i mean is my chicken pox semakin kering...Alhamdulillah....

almost 3months being single (next week genap 3 bulan)....err ayat macam tak leh blah gila aku ni....like seriously, da 3 bulan aku membujang?? duhhh!! tak dak benda pun...cepatnya masa berlalu kan.....aku tak terasa sebab aku habiskan masa2 aku dengan buat benda2 yang berfaedah...

contohnya, keluar shopping dengan housemates aku...hahahha..terbaik kan...sila jangan tiru aksi ini ok....mengarut ja...berfaedah la sangat kan.....ala, bukan shopping ja...macam2 lagi la benda aku buat....kalau nak tau benda apa...sila la baca entry2 yang sebelum ni....

hidup aku selama 3 bulan ni (aku genapkan la 3 bulan..senang sikit)....memang best...best sebab aku tau kemampuan diri aku sendiri....and aku baru tau aku boleh berdikari sendiri...lol....sudah2 la nak mengarut cik siti oii....

terasa diri ni hotsetap sat (perasan sangat la).....tapi yang datang semua tak berjenis....yang berjenis pun depa (mereka) tuu hanyalah kawan aku...and aku tak anggap lebih dari tuu (ececeh...hahah)

member aku cakap...just follow the flow la...tak payah nak rushing2 sangat cari partner bagai....umur baru 22 tahun kot (walaupun tak genap 22 lagi)...kalau ada jodoh, ada la kan....jodoh akan datang pada masa yang tepat dengan orang yang tepat....so sabar ja lah....sekarang focus kat benda yang lebih penting, iaitu STUDY!

tapi aku ni gedik sangat....sikit2 pikir pasal nikah bagai...hahahha...padahal calon pun tak dak lagi...angan2 ja...hahhahah...pun boleh macam tuuu....tapi tak pa la....hiburan untuk hati yang sepi....

pengalaman mengajar aku erti kehidupan...pengalaman jugak la buat aku serik untuk berpartner bagai ni....biarlah kawan...lepas tuu kalau da suka, terus masuk minang...pastu nikah terus....tak payah nak couple2 ni....buang masa ja.....

got to go....
salam...
=)

cik siti chickenpox

assalamualaikum

ingat entry NI? dalam entry tuu cik siti cerita pasal demam campak / cacar air  atau nama glamour dia chicken pox......ingat lagi cik siti ada cakap kalau da kena demam campak ni, possibility untuk dapat lagi sangat sikit....ingat?????

jangan percaya kata-kata aku....semuanya DUSTA belaka...
actually cik siti ni kena demam campak buat kali kedua setelah 13tahun tak kena....and wanna know something? doctor yang bagi MC (medical certificate) kat cik siti hari tuu pun dia kata dia da 4 kali kena.... WOW!!!!!! 2 kali kena masa sekolah... 2 kali lagi jangkit dengan patient....

so kepada sesapa yang still pikir yang demam campak ni boleh kena sekali SAHAJA seumur hidup, tolong buang pemikiran itu jauh-jauh....sesungguhnya demam campak ni boleh kena berapa banyak kali pun dalam hidup korang.....

member aku gelak kat aku...sebab orang kena demam campak masa kecik..aku kena masa da besaq...semua pakat kata jatuh la saham...kurang la wang hataran...

aku macam...errr...apa kau kisah...saham aku...wang hantaran aku...semua tuu dunia semata kot....tak perlu la nak pikir teruk2....yang penting, aku sihat and life kembali normal sudah la....

ouh by the way...aku dapat MC 4 hari (errr da macam 5 days MC pulak).....pastu sambung chinese new year pulak seminggu....wahh...memang terbaik la cuti.....cuti, cuti jugak....study mau rajin.....nasib baik lah, blister (orang melayu panggil apa tak tau yang kalau campak yang ada air ni) da mula kecut sikit....miang kat badan pun da kurang.....Alhamdulillah, demam pun tak teruk (aku rasa macam aku tak demam pun)....

k lah...nak tido da...esok nak bangun awal....solat subuh...pastu makan ubat....5 kali sehari kot kena makan ubat anti-virus...dan 5 kali sehari kena solat...itu WAJIB...=)

salam....

Saturday 2 February 2013

BFF yang comel

assalamualaikum....

hye awak2 yang comel.....heee...kelas baru ja start seminggu yang lepas....rasa da tak menang tangan da buat kerja...actually tak dak benda pun yang aku buat....cuma terasa macam penat sangat seminggu yang lepas....maybe sebab mood cuti tuu masih ada....so, kerja pun tak banyak berjalan untuk minggu pertama sem 4 ni....huhu

masa aku cuti seminggu hari tuu, aku ada la hang out dengan member2 aku....jangan korang ingat korang ja ada member...ada BFF...aku pun ada okeh!

ni antara aktiviti aku dimusim cuti semester selama seminggu....heeee


masak spaghetti for my family...heee


pergi wang kelian dengan mak....mak dengan anak sama ja...mata lalat*


with my BFF...comel kan dia...tapi dia berpunya...so jangan nak kacau2 okeh!!!!

pergi makan kat seoul garden dengan budak2 kat gambar bawah ni.....^^


yang ni pulak baru semalam gi makan char ho fan (seriously tak reti nak eja)...nampak tak udang dia?? besar gedabak kan....sebab sayang kalau tak makan...rasa membazir...aku pun makan la 2 ekor udang yang besar gedabak tuu....pastu ce teka apa yang terjadi kat aku malam masa nak tidur????

jenuh (puas) menggaru la kot....gatal abes badan2....hahhahahah...padan muka la kan...dah tau diri tuu tak boleh makan udang, makan jugak....haish....alah, biarlah.....sekali sekala tergaru garu macam monyet tak pa...bukan selalu...heee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...