Petua untuk awek muda cara Islam | Cik Siti

Thursday 2 May 2013

Petua untuk awek muda cara Islam

assalamualaikum...

sapa tak mau jadi awek muda kan kan kan...mesti la semua orang nak...tambah2 yang dah ada laki....kalau tak jaga, takut suami lari ja nanti...heee...jom ikut petua untuk awek muda cara Islam....



1 - Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

2 - Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

3 - Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

4 - Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
5 - Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
6 - Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

3 comments:

  1. Tumpang tanya, doa waqiah tu sah untuk perempuan je ke macam mana? HUHU

    ReplyDelete
  2. @ZWAN SABRI tu tak pasti la plak..rsanya pmpuan ja kot..better tnya kpd yg pakar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...