Resepi Roasted Chicken n Italian Pasta with Creamy Garlic Mushroom Sauce | Cik Siti

Sunday 23 June 2013

Resepi Roasted Chicken n Italian Pasta with Creamy Garlic Mushroom Sauce

assalamualaikum...


bahan-bahan

BAHAN A (roasted chicken)
5 whole leg chicken
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar sos tomato kimball
garam n gula secukup rasa
1 sudu teh lada n origano
bawang putih yang dicincang

cara-cara
1- kukus ayam selama 5-10 minit...lumur sedikit garam kat ayam tu...
2- campurkan minyak, sos kimball, garam, gula, lada dan origano, bawang putih....
3- perap ayam yang telah dikukus bersama bahan-bahan tadi..
4- panaskan oven 150 darjah celcius..api atas bawah....selama 5 minit...
5- masukkan ayam ke dalam oven selama 10-15 minit....agak2 dah masak, keluarkan la ayam tu....kang hangit plak....



BAHAN B (creamy garlic mushroom sauce)
5 biji mushroom...cendawan butang (tak tau penjodoh bilangan apa yang nak digunakan untuk mushroom ni)
1/2 botol sos carbonara (prego)
bawang putih
butter
1/4 cawan air

cara-cara
1- tumiskan bawang dengan butter....
2- masukkan cendawan...
3- masukkan air
4- masukkan sos carbonara....
5- gunakan api perlahan...tunggu sehingga mendidih


apabila menu A dan menu B dah siap...sedia dihidang....

^_^

yang lain2 tuu, side dish la....depends la korang nak letak apa.....yang aku bagi resepi ni adalah main course la.....heee...


SELAMAT MENCUBA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...