Pergaduhan di Klang | Cik Siti

Monday 15 July 2013

Pergaduhan di Klang

assalamualaikum....

lagi mengenai isu "pergaduhan di klang"

Kejadian pergaduhan di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang kini  menjadi topik hangat dibicarakan di laman sosial.  

Pergaduhan dilaporkan tercetus akibat kes kemalangan membabitkan dua kenderaan berlaku di Jalan Sungai Keramat 3, Taman Klang Utama.  


11 Julai, dilaporkan, mangsa, Mohd Syukri Sairun, 24 tahun, kakitangan Majlis Perbandaran Klang, bersama adiknya dalam perjalanan ke masjid menaiki motosikal  terlanggar oleh suspek menaiki kereta Proton Iswara berwarna biru bersama 3 rakan lain.;

Berikutan itu, tercetus  pertengkaran,  suspek  kemudian dikatakan  menetak mangsa di kedua  tangan dan kepala.  Kini Syukri dirawat di Hospital Tunku Ampuan Rahmah.

Saya bersimpati dengan kejadian menimpa Syukri.

Bahan  berita  itu  dipaparkan di laman facebook Perkasa Selangor Malaysia, klik di sini.

Rentetan daripada kejadian itu,  berlaku lagi kes pergaduhan lain di Klang.  Beberapa lelaki India  dilaporkan  tercedera dan  dirawat di hospital. Laporan polis telah dibuat. Terkini, pihak polis  berjayamengawal keadaan agar kes pergaduhan  itu  tidak terus  menular.


baca lagi di SINI




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...