KL Gangster 2 : Syamsul Yusof Bengang!! | Cik Siti

Friday 30 August 2013

KL Gangster 2 : Syamsul Yusof Bengang!!

assalamualaikum



Siapa yang tidak berang, apabila sebuah karya yang dihasilkan membabitkan kos pembelanjaan berjuta-juta ringgit untuk menghasilkan filem tersebut telah dinikmati dengan percuma tanpa keizinan pihak yang terbabit

Itulah yang terjadi kepada pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof apabila filem KL Gangster 2 arahannya dan terbitan Skop Production itu dikatakan telah bocor di internet dan dimuat turun (download) sebelum tarikh rasmi filem tersebut ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober 2013
Syamsul, dalam satu kenyataan di laman akaun sosial Facebook Syamsul Yusof – Burn & Soul telah memberi amaran keras kepada  mana-mana individu yang mengedarkan mahupun download filem KL GANGSTER 2 tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan sewajarnya

Dalam pada itu, pihaknya bersama pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut

KL Gangster 2 yang membariskan pelakon popular tanahair antaranya Aaron Aziz, Adi Putra , Rosyam Nor dan Zizan Razak itu mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu
Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...