Harga Minyak Naik Lagi!!! | Cik Siti

Friday 27 September 2013

Harga Minyak Naik Lagi!!!



Adakah ini nilai yang dirancang oleh kerajaan Malaysia selepas ini berdasarkan laporan Berita Semasa pada 15 Mei 2013 (KLIK SINI) dan ada kebenarannya? Sebenarnya sejak daripada semalam lagi, telah kedengaran yang bahang kenaikan harga minyak kali kedua berdasarkan laporan Bernama.
Dan…..di sebelah pagi tadi, melalui siaran radio Era FM dan juga laporan Berita Astro Awani melaporkan dijangka akan berlaku gelombang kenaikan harga minyak naik kali kedua tidak lama sahaja lagi.
Jikalau Dr. Subramaniam memilih menggunakan alasan penyakit diabetes sebagai sebab untuk mengurangkan subsidi gula sekaligus menaikkan harga gula tidak lama sahaja lagi, kali ini alasan untuk mengelakkan berlakunya kes seludup petrol akan digunapakai bagi “menghalalkan kenaikan harga minyak RON 95 buat kali kedua” dalam tempoh 2 bulan ini.

Kenaikan Harga Minyak RON 95 Naik Kali Kedua VS Seludup Petrol

Adakah kerajaan Malaysia sedang ketandusan idea bagaimana mahu mengawal hutang negara Malaysia yang terus melambung tinggi ketika ini dan dalam pada masa yang sama, nilai matawang ringgit Malaysia berada pada paras yang lemah.
  • Minyak RON95 beli dari negara Timur Tengah (minyak berkualiti rendah)
  • Minyak Malaysia yang mempunyai gred tinggi dijual ke luar untuk kegunaan pesawat komersil dan jet pejuang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...