Bayi maut dilanggar kereta emak | Cik Siti

Wednesday 9 October 2013

Bayi maut dilanggar kereta emak

Assalamualaikum

Bayi 3 Bulan Maut Dilanggar Kereta Ibu Di Terengganu | KUALA TERENGGANU 9 Okt. - Seorang bayi lelaki berusia 10 bulan maut apabila dilanggar oleh kereta yang dipandu ibunya ketika sedang mengundurkan kenderaan itu di pekarangan rumah di Kampung Bukit Besar dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.


Kejadian yang menyayat hati itu berlaku apabila mangsa, Muhammad Faqih Mohd. Fitri tanpa disedari dikatakan merangkak keluar dari rumah dan menuju ke belakang kereta.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital Sultanah Nur Zahirah di sini disahkan meninggal dunia kira-kira 15 minit kemudian ketika dirawat di wad kecemasan.


p/s : lepas ni kena lebih berhati-hati la....sebelum ni da berhati-hati dah...sebab takut kucing tidur dekat belakang or bawah kereta....memang akan check belakang kereta and bawah kereta sebelum masuk kereta tu....and jangan sangka kalau dah ada alarm yang bila kita reverse tu dia bunyi dah cukup selamat...hakikatnya masih belum selamat kot...sebab hari tu pernah terjadi kat member aku...kereta dah bunyi...belakang ada pokok kelapa...entah macam mana dia tak sedar, boleh pulak terlanggar pokok kelapa yang tinggi...itu pokok kelapa, kalau bayi or kanak-kanak yang kecik tu...tak tau la macam mana kan....SO BE MORE CAREFUL la lepas ni

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...