Berperikemanusiaan la sikit | Cik Siti

Friday 21 February 2014

Berperikemanusiaan la sikit

Assalamualaikum


lihat gambar di atas....sorry la agak tak clear...pakai handphone murah jer..tak macam korang....ada 2 bulatan kat gambar atas tu kan....(kalau itu pun korang tak nampak, memang nak kena sekeh la dengan aku)
bulatan pertama (kiri) seekor anjing....bulatan kedua (kanan) rumah anjing yang tak nampak pun macam rumah.....rantai besi yang diikat 2 meter dari pagar dawai besi dengan anjing....kiranya memang tak sampai la anjing tu nak berteduh kat bawah bumbung rumah tuan dia....

korang maybe tak nampak ada rantai besi yang diikat pada anjing tersebut...panjang rantai besi tersebut aku anggarkan 2 meter...agak2 korang, pada waktu tengah hari yang panas terik anjing ni nak duduk di mana? panas sampaikan manusia pun terasa bahangnya walaupun duduk di bawah bumbung....anjing ni hanya boleh pergi 2 meter sahaja...sebab dirantai oleh tuannya.....kalau nak masuk dalam "rumah" anjing yang disediakan or should i call it binaan kotak kayu buruk yang hanya ada satu papan lebarnya 10 sentimeter diletakkan di atasnya memang sama ja la macam tak payah masuk...lepak je kat luar binaan tu, sunbathing =_="

memang tak muat la kot untuk tempat anjing ni berteduh....kesian kot aku tengok...itu baru tempat berteduh...ni entah bagi makan ke tidak aku pun tak tau la...kurus sangat anjing ni....

itu lah orang cakap, kalau tak reti nak jaga, jangan dijaga....buat tambah dosa lagi ada la.....benda ni berlaku di Kulim Techno City 1 (KTC1)...

pernah dengar tentang cerita SEORANG PELACUR MASUK SYURGA KERANA MENOLONG SEEKOR ANJING...

nak tau pasal cerita tu? baca di SINI

aku harap sangat ada orang yang prihatin pasal ni...walaupun ini hanya kisah seekor anjing yang diperlakukan sebegitu rupa, tapi anjing pun makhluk Allah swt jugak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...