MAKSUD : Gadis Jolobu | Cik Siti

Friday 28 February 2014

MAKSUD : Gadis Jolobu

Assalamualaikum

sekarang aku dah addicted dengan lagu ni.....suka loghat negeri sembilan...tapi longhat penang and kedah still dalam hati...hee


sapa suka lagu ni??? ce komen tengok....korang tau tak apa maksud dia??? aku pun at first tak tau jugak....bukan tak tau langsung, sikit2 tu tau la...hee....tadi search google, then jumpa ni.... ^^
--
--
--
--
--


Pantun ini mungkin membawa unsur mistik pada satu ketika dahulu sehingga membawa anggapan bahawa orang Jelebu adalah orang yang pandai ilmu guna-guna (pengasih?). Dari kisah ini menyebabkan seluruh gadis Negeri Sembilan terlibat sama. Itulah ironinya.

Kalau kita tafsirkan betul-betul cerita dalam lagu tersebut, ternyata Orang Jelebu khasnya dan Orang Negeri Sembilan amnya tidak perlu menggunakan sebarang ilmu kerana, mereka yang datang ke tempat-tempat tersebut selalunya datang berseorangan untuk mencari rezeki. Jadi, apabila terpikat atau terpaut hati (kerana kesepian berada di perantauan) maka mereka ingin menumpang kasih. Momokan bahawa orang Jelebu/N9 suka mengunakan ilmu adalah untuk menakut-nakutkan orang luar sahaja sama seperti "kawin perempuan Negeri Sembilan kena masuk suku."

Mewarisi kecantikan dan peradaban dari Minangkabau, gadis Negeri Sembilan selalunya memukau sehingga seringkali ramai lelaki akan terlupa kepada asal usul mereka.

Cuma, di dalam lirik lagu "Gadis Jolobu" WARIS tidak dapat menceritakan kisah sebenar yang tersurat di sebalik pemilikan harta. Mungkin kerana kekangan ruang, rima atau sebagainya.

Sememangnya mengikut ada Perpatih Nan Sebatang, harta pusaka akan diserahkan kepada anak perempuan kerana anak lelaki boleh mencari hartanya sendiri disamping akan dipertanggungjawab untuk menjaga dan menguruskan harta bakal isteri masing-masing. Sebab itu dikatakan lelaki dibuang ke hutan pun boleh hidup.

Tetapi, itu cerita harta pusaka "Ninik Muyang" seperti Tanah Adat. Kalau harta tersebut adalah harta pencarian maka ibubapa berhak memberikan kepada anak-anak mereka mengikut ketentuan mereka sendiri atau mengikut Hukum Faraid. Kerana hak-hak anak lelaki telah disebutkan oleh Hukum Syarak, maka Adat Perpatih memberikan keutamaan kepada anak perempuan.

Sekarang berbalik pula kepada kisah harta milik perempuan apabila bercerai. Isu di sini bukan kerana harta lelaki akan dibolot oleh bekas isterinya tetapi lelaki pada ketika itu memang tidak mempunyai harta. Apabila mereka merantau dan berkahwin di Negeri Sembilan, kebanyakkan lelaki akan menumpang di tanah pusaka isterinya. Kalau bercerai, takkan rumah yang dibina di atas tapak tanah pusaka isteri pun nak dibongkar dan dibawa pergi? Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan untuk isteri/bekas isteri. Sekiranya ada zuriat maka, zuriat tersebut akan mewarisi juga harta tersebut.

Kalau lelaki ada pencarian yang baik dan mampu membeli harta sendiri, tidak ada undang-undang yang boleh merampas harta tersebut dari mereka KECUALI sekiranya ia adalah Harta Pencarian Bersama iaitu harta yang dimiliki selepas perkahwinan. Maka, separuh daripada harta tersebut perlu diserahkan kepada bekas isteri.

Yang menjadi masaalahnya ialah, kebanyakkan lelaki yang mengahwini gadis Negeri Sembilan akan membeli harta dan meletakkan nama isteri mereka sebagai pemilik. Seperti kata P. Ramlee "Sape tak sayang bini ooooiiii!!!!" hehehe


SUMBER

p/s : JEMPUT JOIN SEGMEN INI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...