Aku tak pernah beli perfume | Cik Siti

Saturday 12 July 2014

Aku tak pernah beli perfume

Assalamualaikum

tajuk yang entah apa-apa ja aku rasa. Mesti ada yang ingat aku ni busuk sebab tak beli perfume, so mestilah tak pernah pakai perfume. OHMAI! tidak lah sampai macam tu sekali. Agak-agak lah pun kan.

actually, aku sebenarnya tak pernah pun beli perfume untuk aku sendiri. Why? Kenapa? Mestilah sebab ada orang tolong belikan. En. B kah? NEHI NEHI (hindustan la pulak) bukan dia. Encik ayah yang belikan masa dia pergi belayar kat oversea. Memang stock untuk perfume sentiasa ada la.

 inilah collection perfume aku dari aku form 4 sampai lah sekarang, 23tahun..ada satu botol dah pecah gara-gara kecuaian sendiri. huhu

jom aku cerita satu persatu tentang collection perfume aku ni

 ni perfume favorite aku.
Flower by Kenzo
dari dulu sampai sekarang tak pernah habis sebab aku guna sikit-sikit dan kadang-kadang ja. Kiranya pakai bila ada majlis or kenduri apa ja. Bau dia soft ja.

 yang ni pulak Apparition, Emanuel Ungaro.
perfume ni aku selalu pakai waktu pergi kelas. Sebab bau dia lembut tapi menyegarkan. So tak dak la mengantuk masa kelas. hee

 yang ni pulak, Le Chevrefeuille by Annick Goutal
yang ni perfume yang paling jarang aku pakai. Sebab bau dia menyegarkan tapi agak tajam (hope you know what i mean)

 dalam banyak-banyak perfume aku, yang ni lah paling comel.
Coach
bau yang sangat menyegarkan, sehingga boleh membuat orang yang mengantuk menjadi segar bugar macam kena siram air sejuk.
yang ni aku selalu pakai masa nak pergi jalan-jalan, shopping or whatever je la
sama jugak dengan perfume bawah ni...kiranya daily aku akan pakai perfume antara dua ni

 Le Bouquet Absolu
perfume ni bau dia soft sikit daripada yang atas. Walaupun masih ada kesegarannya di situ (cheewaahh)

ouh, tertinggal lagi satu pulak. Disebabkan botol dia ni besar, tak muat nak letak dalam bekas tadi, so tertinggallah dia keseorangan. huhu. yang ni pun aku jarang guna sebab bau dia sangat kuat. Kalau sembur sekali dah boleh membuatkan aku bersin. Sebab tu la aku tak berapa minat nak guna..huhu
Miss Dior Cherie


ni semua perfume encik ayah belikan. Then apabila dia pulang bercuti di rumah, aku dan adik-adik aku akan berebut pilih perfume yang dia beli. "Siapa Cepat Dia Dapat" itulah kami punya prinsip. Hee.. Nasib la ada yang dapat bekas cantik tapi bau tajam bagai.

Disebabkan dah banyak perfume aku, aku tak pernah berniat nak beli pun. Rasa macam membazir sangat beli perfume yang lain. Perfume yang sedia ada ni pun dah tak tau nak pakai yang mana satu.

3 comments:

  1. wow seronoknyaaa cenggitu. lepas ni ihiks.. bleh kasi CT sebotol :D
    CT singgah sini nak jemput join giveaway.
    jemput singgah and jenguk plus sudi sudikanlah join :D

    http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/07/giveaway-wow-hari-raya-by-siti-yang.html

    ReplyDelete
  2. wah bestnya xyah beli perfume..

    ReplyDelete
  3. menarik lah bekar perfume2 nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...