Cabaran 30 Hari : Cerita Kasut Cik Siti | Cik Siti

Sunday 14 September 2014

Cabaran 30 Hari : Cerita Kasut Cik Siti

Assalamualaikum

#day14 #kelabbloggerbenashaari #cabaran30hari

Kali ni punya entry aku agak berminat nak tulis. Tak sabar-sabar tunggu esok nak post (aku tulis pada 13 September 2014).


Ini koleksi kasut aku 2 tahun yang lepas. Semua kasut ni dah tak boleh pakai. Huhu.

Aku ni jenis yang suka pakai kasut flat (yang tak ada tumit tinggi). Selesa nak jalan-jalan. Aku kalau pakai heels, memang mood pun akan berubah la. Dari boleh berjalan 5 jam dalam shopping mall, aku hanya akan berjalan 2 jam saja. And the rest akan duduk. Tak pun, akan balik terus.

Tapi ada orang tu cakap kat aku, "dah la pendek, pakai flat pulak, lagi la nampak gemok dan pendek". Aku macam WHAT!!!! Aku ni tak la pendek sangat. 158cm. Nak kata badan besar pun tak. Biasa-biasa aja. BMI normal. HUH! memang suka bagi down betul la dia ni.

Selain flat, aku suka kasut yang ada riben. Macam dalam gambar atas tu. Sampai sekarang kot suka kasut jenis "ballerina flat" ni. =)

Tapi dah 2 tahun jugak la aku dilarang membeli kasut macam tu. Tapi tak kira, dalam masa terdekat ni, if ada rezeki masuk, aku akan beli jugak. Walau dengan apa cara sekalipun!

Mungkin akan dipikirkan untuk masuk dalam Wishlist aku. Hee

Ok la kot, cerita pasal kasut aku. Aku nak rehat. Baru balik dari Langkawi. Bukan pergi melancong k. Balik Kampung. Makcik-makcik aku pergi Haji. ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...