Loom Band | Cik Siti

Tuesday 30 September 2014

Loom Band

Assalamualaikum

Korang tau tak apa itu Loom Band yang aku nak cerita ni?


Ni semua kerja cousin aku yang berumur 11 tahun tu la. Aku pi tidur kat rumah dia, then dia tunjuk benda ni. Huish. Macam best ja pembikinan dia. Cara-cara nak buat pun ada banyak ja kat YouTube.



Ini masih dalam pembikinan. Tak siap lagi. Loom Band ni sebenarnya hanyalah getah yang kecil dan mempunyai beberapa tools yang menyenangkan kerja kita.

Bukan setakat gelang, korang boleh buat keychain binatang (such as owl, panda). Ni aku tengok kat YouTube la. Korang just taip "Loom Band" nanti dia akan keluar.

Zaman kita dulu kecik-kecik mana la reti nak tengok YouTube pa semua. Reti buat tali getah je la. Main "zero point" dengan "blue blair" (entah macam mana ejaan dia pun tak tau la.). Memang bagus main tu. Sebab dia macam senaman jugak la.

Lain pulak dengan Loom Band ni. Kau duduk la kat satu tempat nak mengait benda tu. Huhu. Mula-mula tu macam best. Tapi lama-lama agak bosan la. Itu bagi aku. Maybe bagi korang tak. Sapa tau kan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...