Monday 24 November 2014

Big Holiday Giveaway by Wani



Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Segmen Bloglist Disember DJH 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pencarian bloglist bagi bulan Disember 2014 di Diari Jejaka Hangat bermula pada hari ini, 24 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 November 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk Segmen Bloglist Disember DJH 2014   
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.   
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah kan?

Mereka yang bertuah akan dipilih untuk masuk dalam bloglist DJH untuk bulan Disember dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Diari Jejaka Hangat  ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada. 1 Disember 2014.

Kredit untuk Kak Mialiana

Kenapa Dengan Nuffnang?

Assalamualaikum

Aku nak tanya ni, memang Nuffnang suka bagi Campaign yang sama banyak-banyak macam ni eh?

Sebelum ni pun ada jugak. Agak banyak. Tapi earning ciput je. Kali ni pun sama. Hurmm.
Masalah teknikal ka apa ni?

Korang pun macam aku jugak ka? ataupun korang normal ja? Huhu

Sunday 23 November 2014

Fact Of The Day #8

Assalamualaikum


Well, baru ja nak disiplinkan diri untuk exercise. So now, bertambah-tambah semangat la nak exercise. Hee

Nak kuruskan badan? Sila baca Tips Kurangkan Berat Badan

Saturday 22 November 2014

Fact Of The Day #7

Assalamualaikum



Yang ni aku tau dah. So just nak kongsikan dengan korang ja.

^^

Have a nice day


Friday 21 November 2014

Step To Do When Your Sijil Berhenti Sekolah HILANG

Assalamualaikum

Aku nak share apa korang nak buat sijil berhenti sekolah kalau korang kehilangan sijil berhenti sekolah tu. What I mean is step to do when your SIJIL BEREHNTI SEKOLAH HILANG.

Sijil Berhenti Sekolah kalau hilang, korang tak perlu pun pergi buat report polis. Harap maklum ye. Nanti buat malu ja satu balai polis gelak kat korang -_-"

Kalau hilang sijil berhenti sekolah tu, ikut step di bawah ni.

1- Harus ada dalam poket RM10
2- Harus ingat sekolah akhir korang. Kiranya sekolah masa korang tingkatan 5.
3- Harus catat nombor sijil kelahiran korang
4- Pergi sekolah korang tu.
5- Masuk pejabat.
6- Bagitau yang korang nak buat sijil berhenti sekolah. Dan bagitau sijil berhenti sekolah yang dulu dah hilang.
7- Diaorang akan bagi satu form suruh korang isi.
8- Dah selesai isi form tu, bagi balik kat diaorang beserta duit RM10.
9- Diaorang akan call bila dah siap. So jangan lupa bagi nombor fon korang.


Aku punya sekolah mintak RM10, tak tau la korang punya sekolah mintak berapa. Or maybe harga dia standard. Aku pun tak tau.

Aku punya sijil berhenti sekolah tu siap hari tu jugak. So tak payah tunggu lama-lama. Cuma yang menyakitkan hati sebab nak isi form tu yang amik masa lama. Nak kena call adik aku suruh tengok nombor sijil lahir la, nak kena cari guru kelas masa form 1 la sebab nak tengok balik nombor pendaftaran la apa la. Nasib baik la cikgu sejarah aku masak form 5 baik. So tak gaduh la nak ingat balik cikgu kelas masa form 1. Cikgu Sejarah aku tu la yang tolong ambil buku rekod kemasukkan pelajar.

Cari punya cari nama aku, tak jumpa. Sebab diaorang silap tulis. SITI FATIMAH BINTI IDRIS jadi SITI FATIMAH BINTI AMRAN. Padahal tak ada pun student dalam kelas aku tu nama sama dengan aku =_="


Tips Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum

First of all, korang kena la tau berat korang tu berapa. And tau BMI korang. If BMI korang dah ideal, jangan la nak turunkan berat badan lagi. Just MAINTAIN ja berat badan tu. Kalau nak menambahkan ketinggian tu memang tak boleh dah la kan. Rasa umur macam kita ni, ketinggian dah terbantut la. So jangan nak angan-angan untuk jadi lebih tinggi. Huhu

Aku challenge Encik Chef tu untuk turunkan berat badan dia. It's for his good la kot. Dia pun challege aku jugak. Huish. BMI aku dah ideal kot. Tapi memang aku nak kena turunkan 5 kg jugak berat aku ni. Sebab dalam masa setahun berat naik 5kg kot. Kalau dulu, 3 tahun boleh maintain 50kg. Tapi dia amik masa hanya setahun untuk naik 5kg. Paroh la lagu ni.

Sekarang nak bagi fit and nak turunkan sikit berat badan. Sebab aku perasan yang sekarang ni aku cepat ja penat. Mengah je bila jalan jauh. Haishhhhh.


So moh ler kite share tips untuk turunkan berat badan.

1- SENAMAN.
Senaman ni dah sinonim kan dengan orang yang nak turunkan berat badan. Korang tak boleh tak makan untuk turunkan berat badan. Makan tetap kena makan. Cuma ditambah dengan senaman.

2- MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM.
Ini apa yang dulu aku selalu buat la. Kalau makan selepas pukul 8 malam tu pun sekali sekala ja. Tak boleh nak selalu sangat. Nanti susah nak digest.

3- MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Makna kata, kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 4 jam sekali makan ke.

4- ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Yang ni kena pantang la. Tapi aku tau, benda ni susah kot nak buat. Tambah-tambah kalau family korang jenis kalau shopping barang dapur mesti beli air gas 2-3 botol. =_=" Memang susah weh nak kawal. Apa yang aku buat la kan, aku letak ais banyak-banyak dalam cawan kecil, then tuang air gas tu. Maknanya jadi sikit la kan air yang ada dalam tu. Lama-lama nanti biasa la tu. =P

5- BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ni memang wajib la kot. Jangan pulak gi makan fast food tiap-tiap hari.



p/s : Pastikan korang tau bentuk badan korang ni jenis apa. Sebab kalau korang nak kecilkan sesuatu tempat kat badan korang, korang kena la lebihkan senaman kat bahagian tu. Korang boleh ja search kat Youtube macam mana nak tau bentuk badan jenis apa. "Pear" "Apple" "Hourglass". Bila dah tau, boleh la search senaman untuk badan korang. Hee

Selamat Menguruskan badan ^^


Thursday 20 November 2014

Fact Of The Day #6

Assalamualaikum


Fact Of The Day #6

Nomophobia, aku la ni. Huhu

Annabelle

Assalamualaikum

Mungkin dah agak ketinggalan kalau nak update pasal cerita Annabelle ni. Tapi biarlah daripada tak ter'update' langsung.

Aku dah tengok dah, korang pun mesti dah. Bagi korang yang belum tengok or yang takut nak tengok cerita hantu ni, boleh la baca review pasal cerita ni. Taip je kat Google Search, terus keluar.

Aku pergi tengok dengan Encik Chef. Memang tak rasa takut pun. Sebab Encik Chef, bila orang terkejut, dia dok gelak. Mood takut pun dah ke laut. Huhu.

Encik Chef tak tengok pun lagi The Conjuring tu. Memang la dia tak paham. Aku pulak yang nak kena jadi pencerita kat dia.

Bagi aku cerita Annabelle ni, ok ja la. Tak ada la nak bagi sampai 10 bintang. Just 5 bintang tu boleh la lagi. Mungkin aku bukan peminat cerita seram kot. Pergi hari tu pun sebab dah bosan sangat tak tau nak buat apa. =_="


Happy Mood Turn On

Assalamualaikum


Hari saja dapat 3 order dari orang yang berbeza. Order apa? Order Chocolate Lava Cake in jar la.

1- Order untuk esok. For hantaran katanya.
2- Order untuk petang tadi. COD area Sungai Petani
3- Order untuk 30 November 2014 nanti.

Alhamdulillah.




Sapa yang tak happy kan dapat order macam pisang goreng panas yang jual tepi jalan tuh. Walaupun tak banyak sampai boleh beli iPhone, tak kesah la. Ni pun dah happy tak terkira. Rasa macam nak buat kenduri 3 hari 3 malam ja bagi makan Chocolate Lava Cake ni. Heeee

Biar sikit, lama-lama jadi bukit.

Korang yang berminat, boleh la ke page INI atau directly contact aku 0123014118 (SMS/Whatsapp?

#chocolatelavacake #cakeinjar

Wednesday 19 November 2014

Fact Of The Day #5

Assalamualaikum


Fact Of The Day #5

Tuesday 18 November 2014

Maggi Korean Spicy Braised Beef

Assalamualaikum



Maggi Korean Spicy Braised Beef ni flavor terbaru keluaran Maggi. Aku baru ja cuba tadi. Maybe korang dah rasa lama dah kot.



Aku suka tambah telur dalam maggi aku. Telur merah biar pecah, aku lagi suka.

RASANYA?
Fuh, rasanya memang sangat pedas. Bagi aku la. Sebab aku ni jenis tak makan pedas. Habis berair hidung. Hoho. Dalam iklan dia ada tunjuk daging kan. Sebenarnya bila korang masak tu, tak ada daging pun. So, jangan tertipu lah ye. Hee

And dia punya noodle tu pun besar. Lebih besar dari biasa. Nak kata kembang, tak pun. Sebab kalau noodle yang kembang dia rasa macam lembik. Ini tidak. Alah, rasa macam noodle korea la. Dah namanya pun korean kan.

So malam ni mood korean sikit. Baju pun dah pakai ala-ala kimono dah ni. Eh, kimono tu kan Jepun, apa kena mengena ngan korean? Hahah, biar lah, korean dengan jepun kan dekat ja. =P

Monday 17 November 2014

Email daripada Sifu Blogger Malaysia

Assalamualaikum

Wah wah wah. Cik Siti dapat email daripada Sifu Blogger Malaysia la. Nak tau sapa? Jom kita tegok dulu screenshot ni.


Tau dah kot sapa kan. Tak lain dan tak bukan Bro HH la.

Korang nak jugak dapat email daripada Sifu Blogger Malaysia?
Takkan tak mau kot? Sifu nak ajar tips tentang blogging ni. Huish, rugi kot. FREE saja. Mungkin blogger newbie macam aku je kot yang berminat. Tapi tak kesah la. Aku nak kongsi jugak. Kot-kot la berminat. Hee

TAK MAU KA????

Kalau nak, sila pergi ke blog bro HH. Dan akan keluar satu pop-up yang meminta korang isi nama dan email korang. Isi lerrr.



Aku ni dari awal sampai ke habis bro HH je, sapa bro HH?
Ni dia bro HH, Hasrul Hassan

Aku ni dah la bergantung 50% dengan blog je. Kiranya income aku 50% from blog. Lagi 50% ada la buat meniaga sikit dan jugak harapkan 8share. Hoho

Sunday 16 November 2014

Tutorial : Mari Buat Bintang

Assalamualaikum

Hari ni aku nak ajar korang buat bintang. Bukan lompat bintang ok. Alah, benda ni la aku nak ajar



Apa yang korang perlu adalah kertas macam ni (gambar bawah)



Dia jual dalam bundle macam ni. Harga dalam RM2 ++

Ok, start. Korang pegang kertas tu macam ni (gambar bawah). Pastikan sebelah pendek dan sebelah panjang.





Masukkan yang pendek tadi dalam bulatan tu. Then akan jadi macam gambar bawah ni



Dia akan jadi macam ni (gambar bawah). Bare in mind, jangan korang tekan sangat edges dia tu. Kang susah korang nak picit nanti bagi dia kembong.


Bila dah jadi macam gambar atas, korang lipat yang warna putih tu macam dalam gambar bawah.


Then, pusing ke belakang, benda tu akan jadi macam dalam gambar di bawah.


Lipat yang warna putih tu ke atas. (follow je mana dia nak pergi) Maksud aku, bila korang lipat, dia akan pergi arah yang sepatutnya. So korang tak perlu risau benda ni.


Lepas korang lipat, dia terus jadi macam ni. Then korang continue lipat kertas tu. Dia akan pusing-pusing hexagon tu. Sampai la kertas yang panjang tu tinggal pendek

Lastly, dia akan jadi macam ni.


Then, nampak tak warna putih tu, yang tu korang selitkan kat dalam lipatan korang tu.

So, jadilah macam dalam gambar di bawah ni

Belum habis lagi. Korang kena picit pulak. Step ni memang mencabar sikit. Bukan semua orang boleh buat. Kena banyak practice =P
Mula-mula, pegang macam gambar di bawah ni. Pegang kat edges dia tu tau. Then press. sampai la dia jadi gelembung. Pastikan buat kat semua edges dia.




Bila korang dah press edges dia. Dia akan kembong macam gambar di bawah ni.
Taadaaa, siap sudah.



CAUTION!!!
Masa korang dok melipat tu, korang jangan sesekali press bagi nipis kat edges dia. Kang korang susah nak picit bagi dia kembong. Tak percaya, cuba press kat tepi tu, then lepas tu korang try bagi dia kembong, susah kot.

Bintang ni sesuai diletakkan di dalam jar untuk hiasan. Dan juga sesuai untuk orang-orang yang tension macam aku ni. Sambil tengok movie, sambil tangan dok buat bintang. ^^


SELAMAT MENCUBA








Fact Of The Day #4

Assalamualaikum


#factoftheday #facts

Saturday 15 November 2014

Fact Of The Day #3

Assalamualaikum


I can make this reason for me to sleep more. Tapi agak-agak la kot kalau nak tido pun. Takkan la sampai 12jam ko nak tido. Beragak-agak la kan.

#factoftheday

Friday 14 November 2014

Fact Of The Day #2

Assalamualaikum


Memang sepatutnya nama tu pun. Sebab aku pun dok stalk orang guna Twitter. And kat Twitter tu la tempat meluahkan perasaan. Hee

#factoftheday

Thursday 13 November 2014

Fact Of The Day #1

Assalamualaikum


Orang yang dah kahwin ni, tak payah makan painkillers dah. dah boleh cuddle2 dengan laki or bini korang. Jimat duit. Side effect yang teruk pun tak ada. Yang ada cuma bertambah erat hubungan suami dan isteri. Hoho

#factoftheday

Sarawak's Shopping Hauls Giveaway by Siti Yang Menaip

Assalamualaikum

Moh kita meramaikan GA ni


Klik banner untuk join...^^

Wednesday 12 November 2014

Cik Siti's Graduation Day

Assalamualaikum

Perasan tak wall FB korang penuh dengan gambar-gambar convo? Ke wall aku je yang penuh? Al-maklumlah member-member semua dah pakat graduate. 23tahun memang umur orang graduate kot. Kecuali orang-orang yang amik kos 5 tahun. Memang lambat la sikit graduate.

Actually aku pun ada jugak gambar masa graduation day aku tu.


Aku pun ada ok! Hahaha. Memang tak nak kalah. Masa tadika lagi aku dah pakai jubah and topi convo ok. Korang umur 23 tahun baru nak pakai.


Kadang-kadang tu rasa macam nak deactivate je FB tu. Tengok gambar Convo. Tengok gambar kahwin. Memang terasa diri ni tua sangat dah. Tapi hari-hari seperti tu, lambat lagi aku nak nikmati.



Stay Positive ^^

Monday 10 November 2014

Daiso Charcoal Mask RM5

Assalamualaikum

Aku nak clearing stock Daiso Charcoal Mask ni. Aku jual ikut harga kedai Daiso. Cuma korang perlu bayar postage ja. Boleh cenggitu?

Jika berminat, boleh contact aku terus SMS/whatsapp 0123014118. Panggilan telefon tidak akan dilayan.

budget nak snap gambar macam orang lain, nak ada prop bagai. Haha. Asalkan korang boleh nampak benda aku nak jual sudah la. =P



Sunday 9 November 2014

Chocolate Lava Cake In Jar

Assalamualaikum

Choco Lava cake in jar
open ORDER now!
DROPSHIP AGENT NEED


PRICE :-
270ml jar

6-12 = RM6.00/jar
15-100 = RM5.00/jar
101-500 = RM4.00/jar

240ml jar
7-14 = RM5.50/jar
15-100 = RM4.50/jar
101-500 = RM3.50/jar



minimum order 270ml jar = 6 jar
for 240ml jar = 7 jar


Jika BERMINAT? boleh PM admin kami di page Cake In Jar Malaysian Team atau, boleh terus contact Cik Siti 0123014118




Thursday 6 November 2014

Le' Medina Patisserie

Assalamualaikum

Nama memang tak mau kalah kot. Tempat yang secantik nama. Food pun secantik nama.




Kami order Cake Caramel, dengan Pepperoni pizza ja. Pergi kat situ pun tanpa dirancang sebenarnya. And first time melepak kat Le' Medina Patisserie ni. Dan baru la aku tau, diaorang ada jual Pavlova sampai la ke steak. Damn, bila makanan dah sampai. Tengok sebelah, ada customer punya order pun sampai jugak. Tengok dia punya order, sizzling steak. Kecur air liur aku. Mula la perut menyanyikan lagu keroncong ke seratus kalinya. Hahaha


Yang ni pulak Goreng Pisang Cheese dengan Chocolate. Yang ni beli tepi jalan ja. Kalau sesapa yang tau Gunung Keriang kat Alor Setar tu, On the way nak pergi ke sana dari arah Pantai Johor (kat Alor Setar) akan nampak sebelah kiri orang jual Goreng Pisang Cheese with Chocolate ni.

Memang dah terkenal kot kat Alor Setar benda ni. Murah pulak tu. Kiranya padan la dengan harga. 7 pieces RM4. Ha, murah kan.

Chocolate dia pulak melt in the mouth. Kiranya lepas ni, tau dah kat mana nak beli benda untuk aku kunyah-kunyah sambil lepak dengan encik Chef tu.

Wednesday 5 November 2014

Segmen : Blogwalking By DayangDeno #2

Assalamualaikum

Tengah aku dok bosan tak dak benda nak buat, baik aku join segmen ni. Boleh jugak blogwalking kan.


Klik Banner untuk join



Snack Di Petang Hari

Assalamualaikum

Aku tau, sekarang dah malam. And sepatutnya aku update entry ni petang tadi. Tapi tak pa la kan. Petang esok korang boleh try benda ni jugak. Hee

Snack ni senang ja nak buat. Cuma perlu ada kesabaran sikit ja =P

Aku namakan SNACK KETAM RANGUP

Korang just perlukan isi ketam yang orang dok buat steamboat selalu tu. Depends la nak banyak mana pun. Tapi aku punya suggestion, better 10 batang ke atas. Sebab nanti bila korang dah goreng, dia mengecut.


Lepas tu carik-carikkan macam gambar atas tu. Tak kesah la korang nak guna pisau, gunting ataupun tangan untuk carik-carikkan tu. Part ni la korang perlukan kesabaram yang banyak. Kalau ada orang yang tolong lagi cepat la benda ni nak siap.


Lepas tu, sediakan minyak untuk menggoreng. Pastikan minyak betul-betul panas. Kalau boleh buka ja api besar. Sebab benda ni cepat ja masak.
Kalau tak betul-betul panas, confirm la snack ketam korang tu akan terlekat kat kuali dan dah tak sedap. Ni dari pengalaman aku sendiri la. Huhu

Tadaa. Dah siap.

Serious sedap. Tapi jangan makan hari-hari. Kang kolestrol tinggi. Kalau nak makan jugak, kongsi la dengan sedara mara. Tak ada la kita makan sorang-sorang dalam kuantiti yang banyak.


Tips : Macam mana nak tau minyak tu betul-betul panas ke tidak?
KORANG PERCIKKAN AIR SEDIKIT KAT KUALI YANG BERISI MINYAK TU, THEN KALAU DIA BUNYI BISING, MAKSUDNYA BELUM BETUL-BETUL PANAS. TUNNGU SAT. THEN TEST KALI KEDUA KALAU DAH TAK BISING, MAKNA KATA DAH BETUL-BETUL PANAS LA MINYAK KORANG.

BEWARE!! sila jauhkan diri daripada kuali selepas anda percikkan air. Percik ja ok! jangan ko tuang sebaldi dalam kuali tu.


Ni tips daripada encik Chef ok. Sebab selalu aku tak tau minyak dah betul-betul panas ka belum. Then bila encik Chef bagaitau, sampai sekarang la, memang perfet ja masak. Tak pernah lagi la silap goreng dengan minyak tak betul-betul panas.

Tuesday 4 November 2014

Cucur Yang Paling Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum

Resepi ni daripada arwah tok aku kat Langkawi. Dah la senang, sedap pulak tu.

Nak tengok resepi? Kat sini, "Resepi Cucur"

Sekali sekala makan, tak pa la. Kalau dah hari, confirm kolestrol tinggi. Huhu


Nah, aku belanja gambar-gambar selfie aku. Memang dah lama pun aku tak selfie sejak muka dipenuhi jerawat. 




Motif letak gambar buku Prinsip Perakaunan ni kenapa? Yo ler, aku kan nak jadi business women, sebelum nak jadi business women yang berkaliber, mestilah kena start dari bawah dulu kan.

Lagipun, aku bukannya ada basic tentang akaun pun. Main jual beli barang ikut logik akal ja. Next year dah nak sambung belajar business. So memandangkan tak buat apa-apa sekarang, better baca buku yang aku tersilap beli ni.

Ha, macam mana boleh tersilap beli? Adik bongsu aku ni cakap dia ada subjek akaun KOT. So, aku sebagai kakak dan merangkap cikgu tusyen dia pun terkedek-kedek la pergi beli buku-buku latihan bagai. Tengok-tengok dia tak amik pun subjek tu. Nerghhhh. Nasib baik aku boleh guna. Tapi ada buku Add Math pun terbeli jugak. Itu aku tak tau nak buat apa. Ingat nak let go je kat adik member-member yang nak amik akaun masa form 4 next year. Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...