Step To Do When Your Sijil Berhenti Sekolah HILANG | Cik Siti

Friday, 21 November 2014

Step To Do When Your Sijil Berhenti Sekolah HILANG

Assalamualaikum

Aku nak share apa korang nak buat sijil berhenti sekolah kalau korang kehilangan sijil berhenti sekolah tu. What I mean is step to do when your SIJIL BEREHNTI SEKOLAH HILANG.

Sijil Berhenti Sekolah kalau hilang, korang tak perlu pun pergi buat report polis. Harap maklum ye. Nanti buat malu ja satu balai polis gelak kat korang -_-"

Kalau hilang sijil berhenti sekolah tu, ikut step di bawah ni.

1- Harus ada dalam poket RM10
2- Harus ingat sekolah akhir korang. Kiranya sekolah masa korang tingkatan 5.
3- Harus catat nombor sijil kelahiran korang
4- Pergi sekolah korang tu.
5- Masuk pejabat.
6- Bagitau yang korang nak buat sijil berhenti sekolah. Dan bagitau sijil berhenti sekolah yang dulu dah hilang.
7- Diaorang akan bagi satu form suruh korang isi.
8- Dah selesai isi form tu, bagi balik kat diaorang beserta duit RM10.
9- Diaorang akan call bila dah siap. So jangan lupa bagi nombor fon korang.


Aku punya sekolah mintak RM10, tak tau la korang punya sekolah mintak berapa. Or maybe harga dia standard. Aku pun tak tau.

Aku punya sijil berhenti sekolah tu siap hari tu jugak. So tak payah tunggu lama-lama. Cuma yang menyakitkan hati sebab nak isi form tu yang amik masa lama. Nak kena call adik aku suruh tengok nombor sijil lahir la, nak kena cari guru kelas masa form 1 la sebab nak tengok balik nombor pendaftaran la apa la. Nasib baik la cikgu sejarah aku masak form 5 baik. So tak gaduh la nak ingat balik cikgu kelas masa form 1. Cikgu Sejarah aku tu la yang tolong ambil buku rekod kemasukkan pelajar.

Cari punya cari nama aku, tak jumpa. Sebab diaorang silap tulis. SITI FATIMAH BINTI IDRIS jadi SITI FATIMAH BINTI AMRAN. Padahal tak ada pun student dalam kelas aku tu nama sama dengan aku =_="


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...