Tips Turunkan Berat Badan | Cik Siti

Friday 21 November 2014

Tips Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum

First of all, korang kena la tau berat korang tu berapa. And tau BMI korang. If BMI korang dah ideal, jangan la nak turunkan berat badan lagi. Just MAINTAIN ja berat badan tu. Kalau nak menambahkan ketinggian tu memang tak boleh dah la kan. Rasa umur macam kita ni, ketinggian dah terbantut la. So jangan nak angan-angan untuk jadi lebih tinggi. Huhu

Aku challenge Encik Chef tu untuk turunkan berat badan dia. It's for his good la kot. Dia pun challege aku jugak. Huish. BMI aku dah ideal kot. Tapi memang aku nak kena turunkan 5 kg jugak berat aku ni. Sebab dalam masa setahun berat naik 5kg kot. Kalau dulu, 3 tahun boleh maintain 50kg. Tapi dia amik masa hanya setahun untuk naik 5kg. Paroh la lagu ni.

Sekarang nak bagi fit and nak turunkan sikit berat badan. Sebab aku perasan yang sekarang ni aku cepat ja penat. Mengah je bila jalan jauh. Haishhhhh.


So moh ler kite share tips untuk turunkan berat badan.

1- SENAMAN.
Senaman ni dah sinonim kan dengan orang yang nak turunkan berat badan. Korang tak boleh tak makan untuk turunkan berat badan. Makan tetap kena makan. Cuma ditambah dengan senaman.

2- MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM.
Ini apa yang dulu aku selalu buat la. Kalau makan selepas pukul 8 malam tu pun sekali sekala ja. Tak boleh nak selalu sangat. Nanti susah nak digest.

3- MAKAN SEBELUM LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG.
Makna kata, kena makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 4 jam sekali makan ke.

4- ELAKKAN MINUMAN BERGAS
Yang ni kena pantang la. Tapi aku tau, benda ni susah kot nak buat. Tambah-tambah kalau family korang jenis kalau shopping barang dapur mesti beli air gas 2-3 botol. =_=" Memang susah weh nak kawal. Apa yang aku buat la kan, aku letak ais banyak-banyak dalam cawan kecil, then tuang air gas tu. Maknanya jadi sikit la kan air yang ada dalam tu. Lama-lama nanti biasa la tu. =P

5- BANYAKKAN MAKAN SAYUR DAN BUAH-BUAHAN
Ni memang wajib la kot. Jangan pulak gi makan fast food tiap-tiap hari.



p/s : Pastikan korang tau bentuk badan korang ni jenis apa. Sebab kalau korang nak kecilkan sesuatu tempat kat badan korang, korang kena la lebihkan senaman kat bahagian tu. Korang boleh ja search kat Youtube macam mana nak tau bentuk badan jenis apa. "Pear" "Apple" "Hourglass". Bila dah tau, boleh la search senaman untuk badan korang. Hee

Selamat Menguruskan badan ^^


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...