Thursday 25 June 2015

Back To KPTM

Assalamualaikum

Hampir sebulan bercuti, akhrinya balik ke kolej juga. Aku kena daftar semalam (hari rabu). Tapi kelas start hari Ahad ni. Kiranya ada lagi 3 hari untuk bercuti. Sempat la nak kemas-kemas bilik bagai ni.

gambar sebelum pergi daftar

Boleh kot nampak periuk nasi tu. Bawa je lah. Nanti nak panaskan lauk ke nak masak nasik masa sahur nanti senang sikit. Penuh kereta kot bawak barang. Tapi aku rasa macam dah kurangkan baju, dah kurangkan segala-galanya. Tapi still banyak jugak macam orang angkat semua barang dalam rumah.

Memang kalau dah namanya perempuan. Confirm la penuh kereta. Macam mana la students yang study kat oversea sana. Aku kalau study kat oversea? hurmmm, ntah. Rasa macam tak complete kalau tak bawa barang banyak. Huhu

Apa-apa pun, SELAMAT BERPUASA ya.

Anda mungkin berminat untuk baca :-


Monday 22 June 2015

Cara Khatam Al-Quran Dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.


Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu:  Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4.  Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.
Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu




Selamat Beramal.


Untuk panduan diri sendiri dan orang lain jugak ^^

sumber




Baca Lagi :-

Ramadhan : Makanan yang perlu dielakkan ketika puasa
Jadual waktu berbuka dan imsak bagi Negeri Kedah
Resepi : Puding Sedut Paling Senang


Jangan Lupa Join :
Giveaway EFG Mega Raya 2015, hadiah keseluruhan RM3100


Sunday 21 June 2015

Penantian Itu Menyeksakan

Assalamualaikum

Kalau ada yang perasan 2 3 hari lepas, aku macam tak berapa nak update blog. Kalau update pun, gitu2 je. Sebab apa????

Sebab tunggu result exam tak keluar2. Kalau KPTM lain dah keluar dah hari Jumaat hari tu. KPTM Alor Setar ja lambat. Hari Ahad baru la nak keluar result. Malu-malu ke apa nak keluar ni. Dah la aku ni makan tak kenyang, tidoq tak lena. Mandi semestinya basah.

Aku cuti sem sebulan. Dalam masa sebulan tu, hampir 5 kali aku mimpi yang aku failed. Tapi bila terjaga tu, pikir-pikir balik, takkan la failed sedangkan aku punya carry mark dah buat aku lulus atas angin dah. Memang nightmare sungguh la.

Masa nak check result tu, pikir macam-macam kot. Pikir masa jawab exam haritu  macam ntah apa-apa ja. Tak pernah aku buat soalan yang lecturer bagi aku dapat NET LOSS untuk sesebuah company, tetiba dalam exam, dapat jawapan NET LOSS pulak. Tapi ingat lagi lecturer tu cakap masa ajar topik ni. Tak mustahil kalau sesebuah company tu dapat NET LOSS. So, aku biarkan ja la jawapan tu. Lepas exam, tanya kawan-kawan aku, semua jawapan tak sama. Tapi tak dak sorang pun dapat NET LOSS. OK FINE. Aku dah tak mau target tinggi-tinggi dah subjek Akaun ni. Biarkan saja.

Hari ni check result. Alhamdulillah.


Aku sapa 4 rata sem ni. ^^

Penantian itu sangat menyeksakan. Tetapi sangat berbaloi menanti sebegini lama. ^^

RESEPI : Puding Sedut Yang Senang

Assalamualaikum

Mesti korang tertanya tanya kan kenapa tetiba aku letak Resepi Puding Sedut? Apa tu Puding Sedut?

Well, semua ni disebabkan oleh carian orang la.

By the way, sesiapa yang cari Tutorial untuk Watermark, boleh follo step kat SINI


Ha, ni la rupa bentuk Puding Sedut. Dulu aku ada amik vendor untuk letak puding sedut ni. Memang produk yang cepat habis la. Boleh dikatakan setiap minggu dok restock 50 botol.

Kenapa dia panggil puding sedut? Sebab puding ni, bila nak makan, pakai straw. So, dapat la nama puding sedut.

Alah, puding dia rasa biasa ja. Cuma yang uniknya, dia guna straw untuk makan, tak perlu guna sudu.

Nak buat dia senang ja. Ni bukan owner dia bagi resepi ok. Ni aku punya lidah rasa puding sedut ni macam dadih.

So, Resepi untuk Puding Sedut ni, kit guna instant dadih yang boleh didapati di Tesco . Cara-cara dia pulak, ikut ja kat packaging dadih tu. Flavor, depends kat korang la. Then bila dah siap, jangan la masukkan dalam bekas kecik-kecik. Masukkan dalam botol. Then sejukkan. Then sediakan straw ye untuk di sedut.

Baru la namanya puding sedut
.

Simple ja kan.

SELAMAT MENCUBA

By the way, sesiapa yang nak tempah secara banyak Puding Sedut ni, sila la contact Kak Suria


Wednesday 17 June 2015

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak di Negeri Kedah 2015

Assalamualaikum

Esok dah start puasa. So, belum terlambat lagi kot nak share Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak di negeri Kedah. Almaklumlah, aku ni tinggal kat Kedah.

Sesiapa yang stay kat negeri-negeri lain tu, boleh la rujuk SINI



Kedah Zon 1


Kedah Zon 2



Kedah Zon 3


Kedah Zon 4

Kedah Zon 5


Kedah Zon 6


Kedah Zon 7


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Makanan yang perlu dielakkan ketika puasa



Tuesday 16 June 2015

RAMADHAN : Makanan Yang Perlu Dielakkan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Bulan Ramadhan lagi beberapa hari saja lagi. So, kat sini aku nak kongsi sikit apa yang korang perlu elakkan makan di bulan Ramadhan.



Sebab masa bulan puasa ni, banyak yang bagi alasan, gastrik la, dahaga sampai kena buka puasa la. Macam-macam lagi la. Kadang-kadang tu, bagi alasan sebab penat sangat.

So, kat bawah ni ada la beberapa jenis makanan yang perlu korang elak. So that korang boleh berpuasa dengan jayanya. ^^



  • Makanan yang mengandungi garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi (kafein) ketika bersahur kerana ia bersifat diuretic, bermaksud tubuh akan lebih cenderung/kerap untuk menyingkirkan air daripada badan menerusi air kencing, sekaligus anda mudah berasa dahaga ketika berpuasa.
  • Makanan bergoreng atau berlemak boleh menyebabkan ketidakhadaman, seterusnya mengalami pedih hulu hati. Jadi kurangkannya.
  • Makanan yang terlalu manis pula tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat. Jadi jika makan makanan sebegini, tidak hairanlah seseorang cepat terasa letih.
  • Makanan berempah dan terlalu pedas juga tidak begitu baik dalam suasana puasa kerana akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Mereka yang mempunyai masalah gastrik elokkan mengelak makanan sebegini.
sumber

Akhir kata, Selamat Berpuasa ^^

Jom Join GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Monday 15 June 2015

Review Produk Blog Event Secara PERCUMA

Assalamualaikum

Ini segmen yang telah dianjurkan oleh blogger Ahmad Hasif.


Tak nak ke dapat review free?


Syarat-syarat dia pun senang ja. Sesiapa yang ada produk or blog and teringin nak di review, sila la ke entry INI

Kenapa aku tak join? bukan sombong or berlagak. Cumanya aku rasa malu la kalau orang buat review pasal blog aku yang tak seberapa ni. Like seriously, banyak sangat benda nak kena perbaiki. So, aku buka peluang untuk korang join.

Produk pun aku tak dak yang nak di reviewkan. Hurm. Disebabkan aku dijemput untuk join, tapi aku tak join, maka terhasillah satu entry untuk promote segmen ni.


Tamat Segmen 18 Jun 2015 pukul 10 malam.

SELAMAT BERSEGMEN ye ^^

Kelisa Accident Lagi

Assalamualaikum

Accident ni jadi semalam. Disebabkan aku terlalu emosi sangat semalam, sampai nangis2. so aku decided untuk tulis hari ni. Aku ni kalau geram or tension, confirm aku terjah toilet dulu. Aku akan sental daki-daki yang ada kat lantai kat dinding toilet tu. Memang dah jadi tabiat kot. Lepas geram punya pasal. Hee

Ayah suruh bagi pinjam kereta kat adik aku sebab dia kata nak pergi praktikal senang. So disebabkan aku bercuti sekarang ni, bagi je la kereta tu dia pinjam. By the time aku dah start kelas, kereta Honda dah ok. (kereta Honda tu ada masalah bateri sikit). Lagipun tempat aku belajar dekat la jugak dengan rumah kalau nak dibandingkan adik aku yang kat KL tu. So, kalau jadi apa2 kat kereta Honda tu, senang sikit ayah aku nak pergi.


Boleh nampak tak? Kelisa aku dah kemek. Nasib baik adik2 aku tak dak apa2. Benda jadi masa depa dah sampai kat Shah Alam sebab nak hantar adik number 3 tu kat UiTM. Katanya motor berlanggar dengan motor.

Tak sempat nak amik plat number motor tu. Sebab masa adik aku call ayah aku, depa semua dah bersiap sedia untuk blah. Adik aku kata, budak2 motor ni ada geng ramai. Adik2 aku ni pulak perempuan. So, gelabah la kot. Hurm. Penunggang motor tu kata adik aku break emergency. Ntah la betul ke tidak. =_="


Aku rasa kereta Kelisa aku ni ada something la. Sebab masa mula-mula ayah aku beli dulu pun accident. Then, sepupu aku pinjam dalam jangka waktu yang lama pun accident jugak. Then ayah aku jual kat sepupu aku lagi satu. Pun accident. Then sepupu aku bagi balik kat ayah aku sebab dia dah kahwin dah masa tu. Jadi la hak milik aku sepenuhnya. Then aku pulak accident. Baca kat SINI pasal aku accident. Ni adik aku pulak pinjam, accident jugak.

Hurm ntahlah. Benda nak jadikan. Apa boleh buat. Redha ja la.

jangan lupa join GA EFG Mega Raya RM3100


Sunday 14 June 2015

g'soft Color Ink Pen

Assalamualaikum

If you follow me on Instagram, you would probably have seen this picture.


My new addiction. Of course towards the planner and also all the colors.

Sudah-sudah la tu speaking.

Sekarang ni nak share sikit pasal pen ni. Kenapa aku nak share? Sebabnya selama 24 tahun, ni baru first time aku jumpa ball pen macam ni. Bukan kata aku tak pernah jumpa ball pen color2. Cuma aku tak pernah jumpa la ball pen yang color2 yang sangat smooth macam ni.




Ni ha, brand dia. g'soft color ink pen. Warna dia pun dapat memuaskan hati aku. Sebab selama ni dok pakai jenama lain, memang frustrated gila la. Ink macam malu2 ja nak keluar.


Tapi kali ni, memang sangat berbeza. Tengok la gambar kat bawah ni.


Color dia macam guna pen yang mahal. Padahal RM5-RM6 ja harga dia. RM5 - RM6 tu maksudnya satu packet. 1 packet, korang akan dapat warna macam yang aku tunjuk kat atas tu.

Aku beli dekat CMart. Rasanya kat tempat lain pun ada kot. Tapi selama ni dok cari tak pernah nak jumpa. (maybe tak cari tak betul2 kot)

Rasa macam bersemangat la sikit nak tulis and nak baca nota. Confirm la notes aku lepas ni warna-warni.

Sapa yang minat stationary ni, mesti tau that feeling kan. Bayangkan, pasal ball pen ja pun. Yang berharga bawah RM10, dah boleh membuatkan seseorang tu HAPPY sangat.

Kalau sapa2 yang dok tengha cari pen color2 tu, aku recommend jenama g'soft Color Ink Pen ni.


Jom join GIVEAWAY EFG MEGARAYA RM3100


Saturday 13 June 2015

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

Assalamualaikum

Klik banner untuk join


Thursday 11 June 2015

1st Giveaway by Farah 'Adila

Assalamualaikum

Klik Banner untuk join


Cik Siti tag






Jurassic World 3D Movie

Assalamualaikum

Sapa dah tengok cerita Jurassic World ni? Sila angkat tangan. Ok, aku tak nampak pun kalau korang angkat tangan. So, comment la kat bawah ni ye. Tulis "sudah" pun boleh jugak.


Aku SUDAH. Mula-mula ingat nak tengok malam, tapi bila check online GSC, malam tak dak. Maybe sebab Kedah kot. Malam jumaat tak dibenarkan pusat hiburan beroperasi. (I guess so)

So, lepas Zohor tadi rushing la nak pergi Amanjaya Mall. Sebab nak kejar pukul 2.30pm punya cerita. Ingatkan tak ramai la yang tengok wayang weekdays ni, sebab mostly orang kerja.

Sampai saja kat Amanjaya Mall, Tengok dekat GSC, ramai gila orang. Berderet dok beratur. Memang dalam hati dok kata tak dak harapan dah la nak tengok pukul 2.30pm. So tengok la yang next punya time, 3.30pm. Pun SELLING FAST. Hadoi la. Apa yang ramai sangat ni.


Tetiba terpandang yang 3D punya pukul 3.30pm jugak. So, beli ja la yang Jurassic World 3D punya ticket. Seat still banyak. Actually aku nak tengok yang biasa punya. Sebab bila tengok 3D ni aku jadi pening sikit. huhu.

Tapi, apa boleh buat. Yang tu ja yang ada pun. Adik-adik aku pun ok ja nak tengok 3D. So, habis la duit RM54 untuk beli ticket wayang. Tak pa la. Sekali sekala. Bukan duit aku pun. Heee

Cerita dia ok la. Tak dak gelap ja macam Jurassic Park dulu ni. Sekarang dah jadi theme park plus zoo untuk dinasour. Ada diselitkan babak2 yang lawak. Tak dak la sepanjang masa asyik dinasour makan orang ja kan. Hee

Daripada 10 bintang, aku bagi 8 bintang la. Sebab hero dia handsome. Hahaha. Main2 ja. Sebab dia punya effect and jalan cerita dia. Jangan main-main. Dinasour pun kenal sapa tuan dia weh. Berbaloi la RM18 untuk 1 ticket.

Sapa yang belum pi tengok lagi, sila la pegi.



Wednesday 10 June 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official
K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB
Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh

Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan




EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK

Tuesday 9 June 2015

Contest Saya Nak Hadiah By Syahirah Valiant

Assalamualaikum.


Klik Banner untuk join.

17 May 2015- 12 June 2015

Lelaki Dari Kedah Sangat Sesuai Dibuat SUAMI

Assalamualaikum

Baru-baru ni penuh timeline aku dengan FAKTA : Laki dari Kedah Sangat sesuai dibuat suami. Al-maklumlah, aku orang Kedah. Ramai la member2 dari Kedah ni ha. Pakat-pakat dok share habis la benda ni


Tetiba hari ni, orang JOHOR pun nak jugak. =_="




Bagi aku la kan. Dari mana asal usul tu tak penting pun la. Semua sama ja. MANUSIA jugak kan. Ko duduk LONDON sekali pun kalau akhlak tak dak, tak guna jugak. Kalau malas tu tetap malas. Kalau sorang RAJIN, tak semestinya semua dalam negeri tu yang rajin.

Atas orang tu sendiri la. Pandai ka, hensem ka, berpelajaran ka.

Sapa entah dok buat FAKTA yang entah apa-apa tu.

Monday 8 June 2015

Segmen June : Jom Blogwalking!

Assalamualaikum

Klik banner untuk join.

Zamri Baba Atau M. Fadly Immammuddin yang Kemalangan?

Assalamualaikum

KENYATAAN AKHBAR DARIPADA FIM ASIA ROAD RACING CHAMPIONSHIP

kenyataan akhbar ini melaporkan mengenai dua insiden perlumbaan yang occures di Sntul Antarabangsa Circuti semasa Pusingan 2 2015 FIM Asia Road Racing Championship pada 7 Jun 2015. 

Insiden pertama melibatkan pelumba Muhammad Zamri Baba berlaku semasa SuperSports 600cc Race 1. Zamri dilanda pelumba lain selepas dia terhempas ke tempat tidur kerikil . Beliau segera dikejarkan ke hospital , 10 minit dari litar di mana beliau kini masih di bawah pengawasan perubatan. Insiden kedua berlaku semasa SuperSporst 600cc Race 2. M. Fadly Immammuddin dan Jakrit Sawangswat bertembung selepas perlumbaan .

Kedua-dua pelumba mengalami kecederaan kaki berbilang dan juga segera dihantar ke hospital di mana mereka kini menerima rawatan. Pihak pengurusan dan kakitangan penganjur Kejohanan Asia Road Racing di Sentul mengajak anda semua untuk menyertai kami dalam doa untuk pemulihan cepat mereka.



Saturday 6 June 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join ye....^^

Mula 1 Jun 2015 / Tamat 11.59 p.m 14 Jun 2015

Friday 5 June 2015

REWARD: A trip to travel across Asean countries!

Assalamualaikum

Volunteer WANTED!



Kalau rasa korang ada skill yang macam diaorang nak, hantar la resume kat SINI

Kalau dapat boleh pergi travel selama seminggu. BEST TUHHH



Tutorial : Watermark

Assalamualaikum

Hari ni kita belajar Cara-cara nak buat watermark dekat gambar yang nak diuploadkan kat media sosial. Kenapa perlu watermark? Aku tak la kata watermark tu WAJIB, ikut individu tu la.

Kalau rasa tak nak orang lain 'ter'curi gambar yang korang upload, letak la watermark. Aku? hurm, dulu yes ada la 2 3 gambar yang aku letak, lepas tu tak letak dah. Tapi lately ni kan aku buat business kecil-kecilan (insyaAllah akan jadi besar-besaran) so, banyak la gambar yang aku upload dalam media sosial such as Facebook, Instagram, blog n twitter.

Terkadang tu takut jugak la orang ambil gambar-gambar tu, cakap diaorang punya hak milik. Tak best la macam tu kan. Kita usaha penat-penat, orang lain claim yang benda tu diaorang punya. Aku pun ada la jugak 'ter'curi gambar orang lain, tapi at least aku tak claim la yang tu hasil daripada aku. Ada la letak source dia.

Steps on HOW TO MAKE YOUR OWN WATERMARK :-

1- Buka Excel, tapi dalam kes aku ni aku just ada WPS Spreadsheet, so guna yang tu ja la. Sama ja. Then, zoom out sampai 30% page tu.

2- Then insert Tex Box.


3- Korang tulis la apa yang korang nak untuk watermark korang. i.e blog URL, your name atau apa2 ja la. It's up to you.


4- Kalau macam aku, aku tulis, then letak symbol/object dekat tepi tulisan tu. Ikut kreativiti masing-masing la

5- Then. korang tekan ctrl dan click dekat symbol, still tekan ctrl then click dekat tulisan tu pulak. And korang right click then copy. So now korang dah copy korang punya watermark.

6- Buka New Page, click save special.

7- Pilih la nak save as JPEG or PNG. Kalau PNG ressolution gambar tu lagi cantik la.

8- Now, semuanya dah menjadi satu photo. Trim or crop mana yang patut, then copy.

9- Buka Paint, then paste. Ok, sebelum paste, pastikan kertas putih yang ada dekat paint tu korang bagi jadi kecik. Macam mana? Korang scroll sampai hujung sebelah kanan dan bawah, korang akan nampak macam dot warna biru. Letakkan cursor kat situ, then korang akan nampak cursor tu jadi macam kita nak resize gambar, ha. Korang resize la. Then BARU PASTE.


10- Lepas dah paste, korang save la dekat file yang korang senang nak cari.

11- Now, korang kena buka PhotoScape. Kalau tak dak, sila download ok. FREE ja pun.

12- Click Editor

13- Cari gambar yang korang nak letakkan watermark tu.

14- Korang tengok kat bawah tu, ada "object" kan? Click situ then korang click symbol image (tengok gambar kat bawah tu)

15- Korang cari file yang korang save watermark korang buat tadi. Then insert je la

16- Akan ada satu kotak menu yang muncul, kalau tak dak, sila double click watermark tu. Then korang akan perasan ada perkataan "opacity". Ha, hat ni korang boleh adjust la nak transparent ke tak.

 17- Then save.

Ok, dah siap. Aku nak buat lain watermark aku. Nak bagi elok sikit. Sebab yang aku buat ni simple sangat. Al-maklumlah, idea datang pukul 2 pagi (semalam aku try buat. Hari ni baru nak upload. Hee)


Selamat Mencuba.

Kalau korang tak berapa nak rajin, korang just guna Paint ja.

Tapikan, benda ni sekali ja macam banyak kerja sikit. Lepas ni just guna PhotoScape je la. Sebab dah buat dah watermark. ^^


Credit to enyabdullah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...