Wednesday 23 December 2015

Kenapa Perlu Racist?

Assalamualaikum

Aku setuju sangat-sangat dengan kata-kata Engku Nasrun ni. Sebab apa? sebab aku ni berdarah kacukan Cina, India, Siam. So, tak perlu kot nak racist-racist ni.

Kalau Melayu kata depa lebih berhak kat Malaysia ni, aku rasa Orang Asli kat sini LEBIH BERHAK kot. Sebabnya Melayu Malaysia mostly berasal dari Jawa sana. Itulah, bila cakap Melayu tak sedar diri satgi marah. 



Ini hanyalah pandangan aku. Ini ruang aku.
1. Rakyat Malaysia yang non-malays dan non-muslim bumiputra mahupun non-bumiputra kebanyakannya terima dengan hati yang terbuka laungan Azan subuh yang menganggu tidur mereka. Tak pulak mereka nak buat kecoh dan marah. Bagaimana kalau pihak gereja mula pasang loudspeaker untuk sekalian tempat dengar khutbah Ahad mereka? Ooh.. nanti aqidah kita lari. Jihad!
2. Hari Jumaat, kitalah paling hebat sebab boleh parking di tepi-tepi jalan berdekatan masjid sebab nak solat Jumaat. Lalulintas terganggu dan trafik tergendala. Non-muslim terpaksa terima jer.
3. Kita nak beli rumah, ada "bumiputra discount". Org non-bumi beli rumah xde pulak padahal diorg pun Rakyat Malaysia. Apa? hak istimewa org Melayu? Ke Apartheid?
4. Non-Malays, non-bumiputra yang cemerlang nak masuk Universiti sampai berdarah hidung, bergadai, berhutang Ah Long sebab nak bayar Uni atau kolej swasta. Kita takper sebab ada UiTM la, ada kolej mara la. Diorg pun rakyat Malaysia. Bila diorg dah grad, cukai hasil kerja diorg jugak kita makan.
5. Yang non-malays non-bumi yang mak bapak hantar ke kolej swasta tadi ada pulak yang ke luar negara, maka banyak lah pulak exposure dan banyak kenalan dapat. Bila mereka dah grad, balik ke Malaysia, meraka jadi tenaga kerja yang lagi progresif, lagi padu. Pandai speaking. Cepat naik pangkat. Yang lain (termasuk kita barangkali) mula rasa ditindas la, tak adil la, tak "tolong melayu" la.
6. Cakap pasal pandai "speaking", masa kat sekolah bila kita "speaking" sikit, ada kawan-kawan yang ejek. Kata kita poyo lah, kata kita "kebaratan" sangat lah, kafir lah. Mula lah kene pulau. Yang ejek tu, yang pulau (ehem.. menindas) tu bangsa apa? Ni lah bangsa yang kata maruah terjejas.
7. Dah 58 tahun merdeka. Sebelum tu dah berapa tahun dah bangsa Cina, India, Baba, Melayu dan lain lain hidup bersama. Ni dah masuk abad ke-21 tapi masih ada antara kita yang amatlah jahil dengan budaya bangsa lain. Nak bangsa lain hormat kita, kita kene start hormat dulu.
8. Ni budaya bangsa lain pun kita tak ambik peduli. Sibuk nak bangsa lain ikut dan faham budaya kita jer. Mana boleh macam ni bro. Yang tak sensitif sebenarnya kita. Diorg dah banyak ikut angin kita.
9. Kita dilihat sebagai bangsa yang mengada-ngada sampai bangsa lain takut pulak nak bergurau senda dengan kita. Takut kalau mereka tersilap menyinggung perasaan atau tercakap bende yang yang padahal ok jer tetapi kita mungkin tak pasal-pasal tersinggung entah kenapa.
10. "Suci" dalam debu. Nak sangat org jaga kesucian makanan ko. Sampai ada tampal sticker kat peti sejuk ofis "Halal only". Padahal takder lah kene sampai macam tu sekali. Yang Hindu relax jer tengok kita layan daging depan diorg. Tapi kalau kawan kita makan babi, geli.. kembang tekak. Babi tu memang lah haram dimakan tapi kenapa sampai takleh tengok lah, nak muntah lah. Drama. Tengok aurat ok pulak. Tak geli kembang tekak ke sebab itu pun haram.
11. Ada gereja bina dekat kawasan Melayu, kecoh jadinya. Salib tu boleh pesong aqidah kita. Pasal aqidah kita nipis sgt. Tak pasal-pasal jadi kes. Pihak gereja pun mengalah. Turunkan salib. Kesian. Kalau kita bina Masjid tapi non-muslim bikin kecoh, mula lah nak jihad konon, kita kene tindas konon. Kan elok kalau relax jer. Dah macam budak kecik yang manja. Org bangsa lain kene pandai amik hati kita. Malu lah.
12. So, apa yang terancam? Sikit-sikit nak gaduh. Sikit-sikit nak jihad. Rasis sgt kenape?
Refleksi: 
Raja-raja & Sultan: Melayu
Perdana Menteri: Melayu
Timbalan Perdana Menteri: Melayu
Ketua Polis Negara: Melayu
Panglima Angkatan Tentera: Melayu
Apa yang terancam sangat?

Wednesday 9 December 2015

Banyak Orang Meninggal Kebelakangan Ni

Assalamualaikum

2 minggu yang lepas, mak member aku meninggal.

Then Pak Yus meninggal

Minggu lepas ayah roomate aku meninggal.


Hari isnin baru ni, tok su aku meninggal.


Tugas mereka telah tamat di dunia ni. Kita ni tak tau lagi bila.

Semoha roh mereka di tempatkan bersama orang-orang yang beriman.





You probably like to read :-

[BOOK NOW] Fly from Penang to Miri, Sarawak with AirAsia from only RM129!


Tuesday 8 December 2015

GIVEAWAY HUJUNG TAHUN 2015 NS


HADIAH
[]
4 x Diari Planner Tahun 2016
3 x Hadiah Saguhati

TARIKH BERLANGSUNG :
5 DIS 2015 hingga 20 DIS 2015

KLIK BANNER SEKARANG UNTUK MENYERTAI..!!! 
TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN..

Giveaway By Mrsfara Bernilai RM329

Assalamualaikum


Klik Banner untuk join

Tamat : 31.12.2015

Monday 7 December 2015

8Share Cash Out

Assalamualaikum

8Share ni satu website yang membolehkan korang share everything yang diaorang tawarkan kat korang. Bila korang share, and ada orang click your advertisement, then korang akan dapat la 20sen for each unique click. Furthermore, it's FREE. Buta-buta ja boleh dapat duit free. Just keep sharing your special (diaorang panggil iklan diaorang "special)

Aku dah lama kot join 8Share ni. Sampai ni cash out kali ke berapa pun dah tak ingat. More than 3 years kot.

So now, nak cash out


Dia ada step-step dia lepas cash out. Aku dah melepasi step 1 which is PENDING. Dah almost 3 minggu baru nak VERIFIED.

Selalunya tak jadi macam ni. Memandangkan tahun ni jarang cash out, sebab tu terlupa satu benda ni. 8Share akan tengok kita punya cash out pada hari Isnin and Rabu pada minggu pertama dan ketiga each month. That's why la lama sangat aku tunggu. Huh!! Lepas click "cash out" baru teringat benda ni.

Tapi tak pa la. Sebab aku nak guna duit cash out ni pun bulan 1 nanti. Sebab nak beli cat rumah dengan barang-barang untuk decorate bilik tidur masa masuk rumah baru nanti. hee

Ouh, by the way. Sapa yang nak join 8Share ni. Korang boleh click SINI untuk register. Join je. tak rugi pun. Korang boleh share whenever you want. Berapa banyak korang nak. Semuanya depends on you. Kalau nak banyak duit, mesti la kena usaha. Same goes here. Lagi korang berusaha share, lagi banyak la korang dapat.

Kalau tak tahu and nak aku cerita lebih lanjut, boleh terus add aku kat FB, then korang tanya la apa yang korang tak paham. ok?



Buaian Besar Tumbang Di PD Waterfront

Assalamualaikum


Port Dickson : Seorang wanita parah manakala 2 lelaki cedera ringan apabila buaian besar tumbang di sebuah tapak pesta di PD Waterfront di sini, tengah malam tadi. (SUMBER)

Pagi tadi bangun, terbaca la pasal berita ni. Benda macam ni dari dulu lagi aku dok imagine masa pergi Pesta Penang and also pergi Genting Highland. Tumbang la, terpelanting la. Ni semua sebab tengok Final Destination. Huh!

Menakutkan la weh. Rasa macam murahnya nyawa kau. Sebab kau beli tiket naik tu pun belum sampai RM100. Ke dah naik harga dah? Sorry la, aku dah lama tak pergi tempat-tempat macam ni. Sebab aku selalu imagine yang bukan-bukan. So I decided not to go. Or to ride things like this. Kalau mati, sia-sia ja. Haish.

In the future pun, aku akan elakkan bawak anak-anak pergi tempat macam ni. Sebab ada semua orang suka buat duit, tapi bukan semua orang yang nak check everything betul-betul selamat. Yang diaorang tau, nak duit ja.

But who knows kan. Benda dah nak jadi. So pihak-pihak yang berkenaan, diharapkan selenggara la permainan-permainan yang korang tawarkan tu. Make sure semua selamat. And after doing that, and if anything happen, people will not blame you.

Dalam Beg Ada Beg

Assalamualaikum

People probably sleeping now. So, lets make this simple and short.


As you can see above, aku ada satu beg kecil ni. Aku letak duit syiling dalam ni, so that my actual purse tak berat dengan duit syiling sangat. Lagipun actual purse aku tu dah koyak rabak dah. Tak boleh nak hold too much duit syiling, kang bila nak bayar ja, terus berterabur duit syiling. 


So, here goes the duit syiling. Aku simpan semua duit syiling kecuali 50sen. Yang tu aku masuk tabung kalau ada. And takkan guna pun. Nak buat simpanan untuk masa kecemasan. Orang dok kalut simpan duit RM5, RM20, RM50 la. Untuk aku yang beginner and income yang tak berapa nak teratur ni, better aku mulakan dari 50sen dulu. Dah lama dah aku buat, cuma tak consistent, so dalam tabung memang tak berapa nak penuh lagi la. Huhu. But dalam masa sebulan ni, aku start simpan RM5. Nanti aku share macam mana aku simpan sampaikan aku sendiri malas nak korek tabung bila tangan ni gatal nak bershopping.

Ops, lari tajuk pulak. Ok, back to the topic, korang nampak tak ada satu lagi beg kecil dalam tu? Yang tu roomate aku bagi, sebab aku tengah cari bekas nak separate duit 5 sen. Dia tak guna, so dia pun bagi la kat aku.


5 sen yang aku ada banyak sangat sampai it annoys me. Sebab tu aku decide nak asingkan dia. Nanti bila pergi mana-mana, senang la nak cari. Orang cakap 5sen tu apa la sangat. But for me, it's different. 5 sen penting kot.

U know what, aku ni peminat sushi. So setiap kali aku pergi makan sushi, there will be like sen sen kat belakang tu. Aku akan bagi duit as a whole number la, sebab malas nak buka beg yang berisi syiling ni. And the waiter will say this to me "sorry kak, kami tak dak 5 sen". (lebih kurang macam tu la dia cakap). Sekali sekala tak pa la. Ni SETIAP KALI aku pergi makan kat situ, mestila dia cakap macam tu.

Then it makes me think. Bayangkan kalau 100 kali aku pergi makan kat situ, tak ka dah RM5 aku bagi free2 ja kat diaorang. 100 kali tu nampak banyak sangat kan. Tapi benda tu tak mustahil kot bagi aku yang peminat sushi ni. RM5 bukan sikit, banyak tu. Boleh beli nasi bungkus, kenyang untuk 1 hari. (mak aku cakap perut aku kecik. Makan sikit dah kenyang. Hahhaha)

So, terbit la idea nak letak 5sen ni dalam satu beg lagi untuk memudahkan aku bagi the exact amount of money that I have to pay.

Actually nak buat entry pendek ja. Tapi entah macam mana tetiba tengah dok taip, terus melalut pasal sushi bagai. Please forgive me. Huhu

So, lastly, assalamualaikum and good night. Have a sweet dreams (sometimes people will typo it as "have a sweat dreams". Tak tau la typo or memang they really don't know to differentiate sweat and sweet.)




Saturday 5 December 2015

YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, telah mangkat

Assalamualaikum


Innalillah wa inna lillahi rojiun
Dukacitanya dimaklumkan bahawa YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah mangkat pada jam 7.11pm tadi(5hb.Dis) di hospital Sultanah Aminah. Jenazah akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.
Moga rohnya dicucuri rahmat..
Al-Fatihah.

End Year Giveaway by seindahcerita

Assalamualaikum


Klik banner untuk join

Tamat : 20 Dis 2015

Thursday 3 December 2015

TONTON : Tuan Anas Mikael Episode 16 (Akhir)

Assalamualaikum

Malam ni malam terakhir untuk Drama Tuan Anas Mikael.




Cabaran Buat Business Pakaian

Assalamualaikum

Semua benda ada cabaran dia yang tersendiri. Aku baru mulakan perniagaan pakaian. What do I sell? Pelbagai jenis baju kurung.


The Fashionholic My ni aku dah buat lama dah. Cuma baru nak aktifkan ja.

Disebabkan sekarang ni aku bercuti agak lama, so why not aku aktifkan The Fashionholic My ni.

Sejak The Fashionholic beroperasi. Ramai jugak yang dah dapat beli baju-baju dari sini. Tapi ada jugak yang tak dapat beli. Sebab apa?

1- Dah berkenan, tapi stock tak ada
2- Dah berkenan, stock ada tapi ukuran pulak lari 0.5 inci
3- Stock ada, ukuran pun muat, tapi tak berkenan

Like seriously, ramai kot macam tu. Well, semua orang nak yang terbaik kan untuk diri sendiri. So, tak pa la. Aku anggap tak ada rezeki lagi.

InsyaAllah nanti akan dibawa masuk jenis pakaian yang lain pulak.

So, sesiapa yang tengah mencari baju-baju kurung, boleh la usha dekat The Fashionholic My.

Lagi pun tengah ada 

!!!!!DISCOUNT!!!!!

Semua jenis baju kurung di page ini akan diberi discount bermula 2 Dec 2015 sehingga 9 Dec 2015. Semua harga yang tertera akan ditolak sebanyak RM20 mengikut terma dan syarat :-

1- bukan urgent order
2- selagi stock masih ada
3- no booking. Siapa cepat bayar payment dia dapat.

Berminat? boleh whatsapp 0123014118 atau PM terus di page ini
Detail yang perlu di message :-
Code dan saiz baju. Kami akan check stock, than if available, you will need to send your detail :-

1- Name
2- Address
3- No phone
4- Resit bayaran

Kesan Drama Tuan Anas Mikael

Assalamualaikum


Lately ni aku banyak post pasal Drama Tuan Anas Mikael ja. Kenapa? Sebab aku peminat Aaron Aziz. Nasib baik dia dah kahwin. Kalau tak, memang berangan ja la kerja aku nanti. Hahaha.

Aku post sebab untuk simpanan aku dan jugak untuk menyenangkan korang yang tak dapat ikut kat TV. Mungkin korang student and tak ada TV and Astro. Sebab aku dah rasa dah perasaan tu. Memang tunggu tengok online je la.

Drama Tuan Anas Mikael ni mula pukul 10 malam sampai 11 malam. So, start dari pukul 11 malam, aku dah terpacak depan laptop then buka website yang diaorang upload Drama tu. Setiap 5 minit akan refresh. Sampai la pukul 12 tengah malam. Baru la diaorang upload. Punya la aku nak jadi yang terawal post Drama Tuan Anas Mikael semua episode.

Tapi tadi aku ada la terbaca Chat Box kat website Drama Tuan Anas Mikael tu.


Memang laju ja berjalan chat box tu. Kiranya setiap kali refresh, ada la yang baru. Pastu aku tertarik pasal "hana comment". Gambar pocong dia bagi. Hahhaha. Kalau korang tengok kat website tu, pocong tu ke kiri and kanan. Sampai macam tu sekali la orang dok tunggu admin upload Drama Tuan Anas Mikael.

Jadi kerja pulak dok refresh website tu. Bukan setakat aku ja. Ramai lagi aih yang dok buat macam tu. Hahaha.

Memang Drama Tuan Anas Mikael ni memberi kesan yang mendalam kot pada ramai orang. Sebab apa? Sebab Aaron Aziz handsome....opsssss....kbai



TONTON : Tuan Anas Mikael Episode 15

Assalamualaikum


Debaran kian terasa. Dup dap dup dap. Esok episode akhir Drama Tuan Anas Mikael.
Malam ni episode yang ke 15, apa yang akan terjadi?

Mari kita sama-sama saksikan



Tuesday 1 December 2015

TONTON : Tuan Anas Mikael Episode 14

Assalamualaikum


Tuan Anas Mikael Episode 14

 Tuan Anas Mikael FULL EPISODE

Penghayatan Asmaul Husna Untuk Para Ibu

Assalamualaikum

Sharing is caring. Yang ni cik siti copy dari Facebook. Penghayatan Asmaul Husna untuk para ibu ketika mengandung, pantang dan melahirkan.

Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua.




Giveaway Disember 2015 Cash RM500


Hadiah :
RM100 Top Referral
RM50 x 8

Tarikh Mula : 1 Dis - 15 Dis 2015 : Tarikh Tamat


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...