Activate New Maybank Card | Cik Siti

Monday 19 December 2016

Activate New Maybank Card

Assalamualaikum

Sekarang ni semua kalut nak tukar kad debit yang baru. Termasuklah aku. Tapi aku ni tak ada la beratur panjang-panjang dekat Maybank tu. Disebabkan boleh ja buat guna Maybank2u, so why not guna ja Maybank2u. Tak perlu la menyesakkan lagi bank yang tengah sesak tu.

Apply online ni kena tunggu la lebih kurang 14 hari untuk dioarang pos kad baru tu. Tapi, aku jenis tak kesah pun. Tunggu ja la. Nak kelam kabut buat apa.

So, the day has come.

Jeng jeng jeng
Sampai dah. Memang diaorang sealed betul2 la. 

Ni kad baru ^^

Ouh ya. Jangan lupa ya activate kad baru.

Macam mana nak activate new card?

1- Login Maybank2u

2- Klik "Card Management"


3- Klik "ATM/ debit card "


4- Akan keluar satu page macam kat bawah tapi lain sikit la. Sebab aku dah activate. Korang kalau yang belum activate, akan keluar perkataan "ACTIVATE" kat dalam bulatan yang warna merah tu (gambar bawah)


5- Bila korang tekan "ACTIVATE", akan ada satu page yang dia minta korang isikan 8-digits akhir  yang tertera kat new card korang.

6- Korang kena request TAC number, then done.

TAHNIAH, korang dah activate kan NEW MAYBANK CARD korang tu. ^^




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...